mytasteindonesia.com

Monday, 18 March 2013

SPEGETTI BEBOLA DAGING




 



Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam Isnin buat semua teman yang Uj sayangi.Pekabar semua.???....Diharap semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya yer.Kali ni Uj nak kongsikan satu resepi spegetti yang ringkas jer ..Ni semua gara-gara nak menghabiskan stok bebola daging yang  tersimpan sekian lama didalam esbok.Terfikir pulak nak masak ape yer dengan bebola daging ni..Cari punya carik  terjumpa pulak stok spegetti yang dibeli aritu masih lagi tak terusik ....terlintas pulak dihati ni nak masak spegetti bebola daging.Selongkar esbok nak cari daging kisar..tak ada pulak yang ada cuma  daging burger yang dibeli tempuhari. Maka dengan itu Uj olah kesemua bahan menjadi resepi yang ada.Memandangkan rakyat jelata didalam rumah Uj ni suka yang pedas-pedas dan lidah pun lidah melayu sikit maka Uj tambahkan sedikit hirisan cili padi...
Secara kebetulan adik pulak datang bertandang kerumah dan sememangnya peminat setia spegetti...maka Uj jamu mereka dengan spegetti ni..dengan kata lain rezeki merekalah tu...Hasilnya licin.......habis...walaupun resepinya tak cukup bahan dan resepi bidan terjun kata orang....tapi..Alhamdulillah.....dapatlah  menikmati rezeki seadanya....Untuk sosnya sengaja Uj lebihkan nait hati nak wat pizza pulak nanti menggunakan sos yang sama....


 








Bahannya:

1 paket spegetti
1 bj bwg bsr dipotong dadu
2 ulas bwg putih diketuk dan dihiris
4 sdu bsr sos cili ( Uj guna jenama life)
1 tin sos spegetti prego ( traditional)
15 bj bebola daging ( uj guna jenama ramli)
4 keping daging burger biarkan suhu bilik dan hancurkan ( jenama ramli)
10 ulas cendawan butang ( Uj guna cendawan butang dalam tin ayam brand)
7 bj cili api dihiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikitserbuk oregano
sedikit myk
 3 cwn air ( seeloknya air rebusan spegetti)


Cara:

1.  Didihkan air didalam periuk.Addkan sedikit garam serta sedikit myk msk.Bila dah mendidih addkan
     spgetti.Bila spegetti dah lembut.Angkat dan toskan.
2.  Didalam kuali  addkan sedikit myk dan tumis bwg bsr dan bwg putih sehingga naik bau.Addkan daging
     burger tadi.Kacau rata.Kemudian addkan bebola daging .Kacau lagi.
3.  Bila semua bahan dah mesra dgn bhn tumisan addkan sos cili,sos spegetti dan cili api.Gaul sebati semua
     bahan.
4.  Addkan air.Biar bahan mereneh dan bebola daging menjadi empuk.Tutup kuali dgn penutup periuk.
5.  Bila bahan sos dah mereneh addkan candawan,kacau rata.Addkan juga serbuk lada hitam,serbuk
     oregano dan garam.Kacau kesemua bahan sebati.
6.  Bila dah sebati.tutup api dan angkat.bolelah dihidangkan dengan spegetti yang telah direbus tadi. 







No comments:

Post a Comment