mytasteindonesia.com

Wednesday, 6 March 2013

UDANG GALAH GORENG KILASAN


 



Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua teman-teman yang Uj hormati serta sayangi.Menu Uj hari ni simple jer...Nak ceritalah sikit..malam aritu Uj gilah pasar malam..Tetiba terpandanglah orang jual udang galah..Lahaiii tetiba kecur pulak airliur ni.Uj kalau bab-bab lauk yang mendatangkan kolesterol ni memang suka betul...Kena pulak yang seangkatan dengannya seperti ketam dan sotong..memang berhantu...Oleh kerana dah terliur Uj pun pilihlah 4 ekor udang galah...kalau ikutkan hati memang tak cukup...Tapi yelah barang mahalkan beli pun biarlah berpada-pada..takut kempunan pulak..kalau tak beli..nak ditangguhkan kot-kot esuk lusa tak der pulak udang tu lagi.Kata orang udang galah ni bermusim..nanti menitik pulak airliur ni.....Oleh kerana ada 4 ekor jer maka Uj wat goreng kilas jer.Maksudnya goreng cepat-cepat dengan api yang besar dan minyak yang panas.Makan panas-panas....kalau nak pedas patahkan cili api....gaul dengan nasi...bagi berapi sikit.....ada berani..........




Bahan:

4 ekor udang galah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
secubit serbuk ketmbar
secubit serbuk jintan manis
secubit serbuk jintan putih
sedikit myk untuk menggoreng.

Cara:

1.    Satukan semua bahan rempah dan perapkan bersama udang.Perap selama 1 jam.
2.    Panaskan kuali.Add myk.Biar myk betul-betul panas.
3.    Bila myk dah panas addkan udang yang telah diperap tadi.Goreng cepat-cepat.Tutup kuali dengan
       tutup periuk.Biar udang benar-benar masak.
4.    Bila udang dah masak angkat dan sedia dihidangkan.Boleh dimakan bersama cili padi.




jom jamu mata.....


No comments:

Post a Comment