mytasteindonesia.com

Friday, 26 April 2013

AYAM GORENG RANGUP



 




Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua teman-teman yang Uj sayangi.Hari ni menu UJ ayam.Dalam keluarga Uj, ayam ni kalau tak dimasak gulai atau rendang selalunya Uj akan buat sambal jer..Tapi kalau dah selalu sangat dengan menu yang sama jemu pulakkan.....Betul tak???.Terfikir jugak  nak dimasak kurma..tetapi rakyat jelata dirumah Uj ni kurang berminat sikit...Haa ....hari ni ayam ni Uj  buat goreng rangup jer...macam kat pasar malam tu.Kalau dah digoreng rangup tu rasanya tak sesuailah pulak dimakan dengan nasi,Apalagi kalau ayam tu dah disalut tepung ..yang sesuainya diratah begitu sajerlah  dan dicicah pulak dengan sos cili.Sambil goreng sambil makan ..yum..yum..Tak sedar tetiba dah tinggal sedikit....Ok kalau tak caya bolelah cuba......kalau suka pedas boleh tambah serbuk cili sikit.....huhhhh bagi berapi ....








Bahannya:

1 ekor ayam dipotong 8 (ikut citarasa )dibasuh bersih.
2 cwn tepung gandum
11/2 cwn tepung jagung
1 sudu bsr serbuk kari  daging ( jenama babas)
1/2 sudu bsr serbuk kari ikan ( jenama babas)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air perahan limau kasturi
myk untuk menggoreng (deep fry )


Cara:


1.     Ayam dibasuh bersih dan diperap dengan garam dan sedikit perahan air limau kasturi.Ketepikan
2.     Satukan tepung gandum,tepung jagung serbuk kunyit,serbuk kari dan serbuk lada hitam.Gaul kesemua
        bahan sebati.
3.     Ambil ayam yang telah diperap dengan garam dan perahan air limau kasturi tadi gaulkan dengan bahan
        tepung sehingga sebati.Dan letakan diatas dulang.
4.     Panaskan minyak.Bila minyak dah betul-betul panas gorenglah ayam tadi sehingga masak dan berwarna
        kuning keemasan.
5.     Bila ayam dah masak angkat dan toskan minyaknya.Sedap dimakan bersama sos cili.










No comments:

Post a Comment