mytasteindonesia.com

Monday, 22 April 2013

KEK MENTEGA PANDAN


 



Assalamualaikum...semoga diharap semua rakan-rakan yang Uj sayangi sentiasa berada didalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya....Kali ni Uj nak kongsikan satu resepi kek yang sedap dari chef Zubaidah iaitu kek mentega pandan.Resepi kek  ni adalah hasil intaian Uj dari dapur masam manis Azlita aziz..Teruja sangat  dengan kek mentega pandan si Ita ni,maka petang tadi....Uj pun cubalah membuatnya.Bila dah  dicuba dan dilihat hasil dari kejadiannya memang mablesslah kek ni.Rasanya yang lemak-lemak manis ditambah lagilah dengan keharuman perisa pandannya yang sememang memikat hati ...Apa lagi bila kek ni  dibakar semerbak jer bau keharuman pandannya....Kali ni Uj buat setengah adunan jer dari resepi asal.Manakala  sukatan untuk pes pandannya pun Uj kurangkan.Uj lebih suka rasa kepandanannya yang manja-manja gitu.Sebabnya  resepi ni menggunakan pes pandan segera yang tersedia dijual dipasaran tu.Selalunya perasa pes pandan segera ni memang kuat aroma pandannya. Bagi Uj kalau terlalu kuat perasa pes pandannya mengganggu deria rasa Uj pulak. .Maklumlahkan.... lain orang lain  deria rasanya betul tak???.Sebabnya "sedap" itu subjektif" .....Setengah orang suka rasa pandan yang kuat tapi bagi Uj ..Uj lebih suka  rasa pandan yang sepoi-sepoi bahasa jer..hehe..Apa-apa pun jom  kita layan resepi terbaekkk dari chef  Zubaidah ni.Resepi yang memang patut dicuba dan terima kasih kepada Chef Zubaidah kerana sudi berkongsi resepi......tak rugi mencuba tau.......



 




Resepi : Kek mentega pandan
Sumber : Chef Zubaidah dari bukunya" Buku resepi jamuan kek"
Hasil intaian dari blog : masam manis Azlita Aziz

Bahannya:

270 g mentega
230 g gula kastor
240 g tepung naik sendiri
5 bj telur
60 g santan ( Uj guna santan segera jenama kara)
1 sdu bsr pes pandan ( Uj kurang kan sedikit)
1 sdu teh pewarna hijau apple
30 g kelapa parut kering ( Uj skip)
1/2 sdu teh serbuk penaik
1 sdu teh esen vanila
sedikit kacang walnut ( Uj tambah utk ditabur diatas kek)
sedikit garam ( Uj tambah)


Cara:

1.    Panaskan oven.Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dgn kertas kek.
2.    Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkerim.
3.    Addkan telur satu persatu dan putar sebati.
4.    Bila dah sebati addkan esen vanila,pes pandan dan pewarna.Putar  lagi sehingga sebati sebati.
5.    Add tepung( yang telah dicampurkan dgn sedikit serbuk penaik) kedalam adunan telur dan masukan
       santan berselang seli dgn tepung(.Kaedah wet dry wet).Kaub balikan adunan dgn menggunakan
       spektula atau senduk kayu.
6.    Tuang adunan ke dalam loyang dan dan taburkan kacang walnut cincang diatasnya .Bakar selama 1 jam
       atau sehingga kek masak.












No comments:

Post a Comment