mytasteindonesia.com

Friday, 17 May 2013

CREAM PUFF










Assalamualaikum....salam jumaat salam penghulu segala hari...Hari ni sampai 2 resepi sekali  Uj kongsikan.Dah lama sangat resepi ni terperuk dalam folder.Dikesempatan masa yang ada ni Uj publishkan kedua-dua skali.Tapi tulah kalau dah banyak sangat resepi yang nak dipublishkan malas lah pulak nak menaip....mata pun macam nak lelap jer pun..kena pulak cuaca kat sini mendung...hai...alamatnya memang capai bantallah jawabnya lepas ni.Oklah malas nak taip panjang-panjang...Kali ni Uj nak kongsikan resepi cream puff dari Yani @ Myresepi...memang best giler resepi creampuff siYani ni.Ramai gak kawan-kawan dah membuatnya . Disebabkan tu jugaklah  Uj meronta-ronta ingin mencubanya.Tenguk pulak siHasue duk tayang...pastu Rahel pulak ...kali ni giliran UJ pulak.Disebabkan teruja sgt dgn creampuff si yani ni haa inilah hasilnya...haaa montel-montel kau....hehe..biarlah montel janji sodap....bukak mulut lebar-lebar terus telan...yumyum....Ni kali kedua UJ membuatnya.Kali pertama dah selamat .Tak sempat nak snap gambar...berdesup ...habis.Yelah buat satu adunan jer..ingat memula tu nak try dulu..Bila dah masak disumbat pulak dgn cream kastad,.bertepis-tepis tangan yang nak diambil  dari pinggan....sap..sap..habis..licin...Kali ni uj buat 2 adunan.Itupun x sempat jugak nak diselamatkan... yang dapat diselamatkan hanyalah tinggal yang ini jer.....6 ketui...Bila dimakan dengan sos kastardnya rasa sperti makan dgn eskerim vanila.......






    Salah pandang macam rupa kobis kt pasar malam..hasil kerja tgn org yg tak berseni.....





Bahan utk 10 bj

45 g mentega dipotong kecil
60 g tepung gandum diayak
2 bj telur (100 g) Uj guna telur gred A(kacau sebati dgn menggunakan garpu)
1 sdu teh esen vanila
sedikit garam ( uj tambah)

Bahan custard:

1 sdu ber tepung gandum
1 sdu bsr tepung kastad
4 sdu bsr gula
1 cwn susu segar ( uj add susu cair)
1 bj telur ( uj x letak)
1 sdu bsr mentega
sedikit esen vanila
250 ml whipping cream ( uj tambah)


Cara:


1.     Panaskan oven 200 degree.Alas bekas dgn kertas myk.
2.     Dalam periuk satukan mentega dan air.Masak dgn api sederhana kemudiankuatkan api sehingga
        mendidih.Tutup api.Addkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat supaya menjadi doh yang tak
        melekat di periuk.
3.    Panaskan semula adunan dgn api yg sederhana bila dah nmpak kepingan nipis terbentuk diperiuk
        kemudian padamkan api.Biarkan sebentar supaya aduanan menjadi suam.
4.     Bila adunan dah menjadi suam addkan telur dan kacau cepat-cepat supaya adunan tidak berketul dan
        menjadi licin dan sebati.Aduannya adalah tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.Mudah dipaipkan.
5.     Bila aduanan dah sebati addkan didalam piping beg dan nozel berukuran 1 cm.Paipkan adunan
        atas dulang dgn sekali pusingan.Tekan bahagian yang bertanduk dgn sedikit air supaya puff
        nmpk cantik.
6.     Bila adunan dah siap sprykan sedikit air atas permukaan puff ( hasilnya puff akan menjadi gebu
        bila dibakar)
7.     Bakar pada suhu 200 degree selama 15 min dan turunkan ke suhu 180 dgree selama 25 min
        supaya nmpak perang dan cantik,( Uj bako selama 25 pada suhu 200 degree)


Bahan kastad:

Cara:

1.  Add semua bahan dan masak diatas api yang sederhana sehingga adunan nampak licin.
2.  Bila dah nampak licin tutup api dan sejukan.
3.  Putar whipping cream sehingga kental dan addkan kedalam bahan kastad tadi.kaub balikan
     sehingga rata.
4.  Potong cream puff jgn sampai putus dan sumbatkan sos kastad didalamnya @buat lubang yg
     kecil di bwh cream puff dan paipkan sos kastad didalanmya.



  cream puff yang tan comel langsung...tapi bila dah dipotong..lihatlah..lurahnya....bole penuh  diisikan dgn sos...yumyum...






   Walaupun rupa tak senonoh tapi sedap.....Alhamdulillah....





No comments:

Post a Comment