mytasteindonesia.com

Wednesday, 22 May 2013

HISHHH...CREAM PUFF LAGI......








Tenguk jer tajuk dah tahu dah kan ari ni Uj wat cream puff lagi...Mesti ader yang tanyakan " tak jemu-jemu ker asyik makan cream puff jer???"...Kalau nak tahu jawapannya..."hehe memang Uj tak jemu-jemu pun"....Sebabnya cream puff ni sedap....Buatnya pun mudah....Lagipun bile buat cream puff ni ader sessi bina musle..berketul-ketul pangkal lengan ni..Nak makannya pun senang.Sekali masuk mulut jer ,pastu terus cair didalam mulut dan meletup-letup sos dalam mulut.....Kena pulak sos kastadnya yang lemak-lemak manis ermmmmm.Tulah yang teruja sangat nak buat selalu...walaupun semenjak dua menjak ni baju banyak yang dah tak muat....grrrrrrr






Resepi :Cream puff
Sumber: Yani@MyRsepi......


Bahan utk 10 bj

45 g mentega dipotong kecil
60 g tepung gandum diayak
2 bj telur (100 g) Uj guna telur gred A(kacau sebati dgn menggunakan garpu)
1 sdu teh esen vanila
sedikit garam ( uj tambah)

Bahan custard:

1 sdu ber tepung gandum
1 sdu bsr tepung kastad
4 sdu bsr gula
1 cwn susu segar ( uj add susu cair)
1 bj telur ( uj x letak)
1 sdu bsr mentega
sedikit esen vanila
scubit garam ( uj tambah)


Cara:



1.     Panaskan oven 200 degree.Alas bekas dgn kertas myk.
2.     Dalam periuk satukan mentega dan air.Masak dgn api sederhana kemudian kuatkan api sehingga
        mendidih.Tutup api.Add tepung dan kacau cepat-cepatmenjadi doh yang tak melekat diperiuk.
3.     Panaskan semula adunan dgn api yg sederhana bila dah nmpak kepingan nipis terbentuk
        kemudian padamkan api.Ketepikan biarkan adunan menjadi suam.
4.     Bila adunan dah menjadi suam add telur dan kacau cepat-cepat supaya telur dan tepung tadi
        sebati.Jangan kacau terlalu lama memadai adunan sebati jer dan tidak berketul-ketul. 
        Adunannya tdk terlalu keras dan tdk terlalu cair.Ia akan kelihatan seperti berkilat dan mudah
        dipaipkan.
5.     Bila aduanan dah sebati addkan didalam piping beg dan nozel berukuran 1 cm.Paipkan adunan
        atas dulang dgn sekali pusingan.Tekan bahagian yang bertanduk dgn sedikit air supaya puff
        nmpk cantik.
6.     Bila adunan dah siap sprykan sedikit air atas permukaan puff ( hasilnya puff akan menjadi gebu
        bila dibakar)
7.     Bakar pada suhu 200 degree selama 15 min dan turunkan ke suhu 180 dgree selama 25 min
        supaya nampak perang dan cantik,( Uj bako selama 25 pada suhu 200 degree)


Bahan kastad:

Cara:

1.  Add semua bahan dan masak diatas api yang sederhana sehingga adunan nampak licin.
2.  Bila dah nampak licin tutup api dan sejukan.

3.  Potong cream puff jgn sampai putus dan sumbatkan sos kastad didalamnya @buat lubang yg
     kecil di bwh cream puff dan paipkan sos kastad didalanmya.






    Cream puff yang sentiasa montok-montok tak comei langsungkan.....nampak tak sos kastadnya yang tersembul tu....Uj suka bako bagi gelap sikit..kulit kasi rangup.....








   kali ni cream puffnya dapat dibedakkan.....dgn aising sugar...








No comments:

Post a Comment