mytasteindonesia.com

Friday, 17 May 2013

LASAGNA DAGING








Assalamualaikum...salam rejab buat semua teman-teman UJ...dah lama UJ tak menghapdet resepi...pertamanya disebabkan pc demam kenalah gi bawak  klinik dulu Tulah yang UJ mati kutu tu tak dapat menghapdet resepi...pastu  ditambahlah lagi dgn   kesibukan masa .....dari celik mata sampai lah ke mata nak lelap sibuk memanjang....terkejar kesana terjekar kesini...hehe..oklah jom kita ke resepi yer.Kali ni Uj nak share satu resepi lasagna yang Uj cuba dari groupbuku karangkraf iaitu kompilasi hidangan berkeju hasil dari chef Noraini Zakaria....Terima kasih kepada Puan Noraini zakaria diatas resepi nya yang lazat ni.....





Bahannya:

6 keping lasagna segera(instant lasagna)

Bahan inti:

400 g daging kisar ( Uj guna daging burger ramli)
200 g keju mozarela
2 bj tomato dipotong dadu
1/2 btg lobak merah
1 ulas bwg putih dicincang
1/2 bj bwg besar didadu
1/2 cwn pes tomato ( uj guna sos spegeti traditional prego)
1/2 cwn sos cili
sedikit air
sedikit serbuk oregano
garam dan gula
sedikit myk utk menumis

Bahan sos keju:


20 g mentega
2 sdu bsr tepung gandum
240 g susu segar kotak
50 g keju mozarela @ cheddar( Uj guna kej kraft singles 2 keping)
Sedikit garam dan serbuk kada sulah.


Cara membuat:

Inti:

1.   Panaskan myk tumis bwg bsr dan bwg putih sehingga naik bau.Addkan lobak merah dan kacau
      sehingga lembut.Kemudian addkan air,daging kisar,pes tomato dan sos cili.Masak sehingga
      empuk.
2.   Addkan tomato,garam dan gula serta serbuk oregano.Biarkan mendidih perlahan-lahan selama
      20 min sehingga airnye kering.Angkat dan sejukan.


Untuk sos keju:

1.   Panaskan mentega hingga cair.Addkan tepung gandum dan kacau rata.
2.   Perlahankan api dan tuang susu.kacau dan masukan keju.kacau sebati
3.   Akhir sekali masukan garam dan lada sulah ketepikan.


Cara menyusun lasagna:

1.   Sediakan bekas tahan panas sapukan myk disekeliling bekas.
2.   Susun lasagna letakan inti dan tuangkan sos keju diatasnya.taburkan keju mozarela.
3.   Susun lagi lasagna buat proses yang sama sehingga 3 lapisan.Diatas sekali tabur keju mozarella.
4.   Panaskan oven selama 15 min pada suhu 180 degree.Bakar lasagna dgn api atas bwh selama
      1 jam.Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.




   Lasagna sebelum dibakar
 




   Lasagna selepas dibakar




Gambar yang telah dipotong lupa nak amik sebab dah x tahan baunya.....sekali hadap  selesai.....











No comments:

Post a Comment