mytasteindonesia.com

Tuesday, 21 May 2013

SUP IKAN MERAH

 


 Assalamualaikum...salam sayang buat semua teman-teman Uj, yang sudi singgah menjenguk ke dapur Uj hari  ni..Menu tengahari Uj  kali ni senang dan ringkas jer ialah sup  ikan merah .UJ  wat sup ikan merah  pastu dimakan pulak  dengan  nasi putih...senang crite kan..Sap..sap..sap...siap.Tak sampai pun  20 minit dah siap hidangan untuk makan tengahari. UJ ingat nak wat nasi goreng,tapi..tiada kerajinan pulak..Hari ni takder mood nak memasak....dari pagi tadi duk berkemas sampailah  ketengahari...mop lantai pastu tukar langsir. Langsir pun setaun sekali baru basuh.. hehe...Kalaulah langsir tu boleh bercakap dah, lama dah langsir tu mintak dibasuhkan hehe.Sebabnya bab nak basuh langsir nilah , bab yang paling  malas sekali UJ nak buat.Bukannya ape...nak memanjat tu satu cerita badan bukannya solid, ketaq segala sendi ni....pastu nak dilap pulak sawang-sawang yang ader.Bila dah penat ..perut pulak lapo..ermmm Uj capai ape yang ader jerlah....singsing lengan baju..sap..sap...sap...siap....






Bahan:

Ikan merah  (dibersihkan dan diperap dengan sedikit jus limau kasturi ketepikan.)
Bawang bsr dihiris*
Halia diketuk*
Bwg putih diketuk*
Rempah 3 serangkai( kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang) *
1 btg lobak merah dipotong
2 bj tomato dibelah  4
2 sdu bsr serbuk rempah kurma ( uj guna jenama adabi)
Air untuk sup
garam dan sedikit serbuk perasa( optional)
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit myk utk menumis
sedikit perahan limau nipis
 

Bahan  sampingan

Sedikit daun sup
Sedikit bwg goreng
Sedikit cili api hiris


Cara-cara:

1  .Pnskan myk tumis bhn yg bertanda*.Kacau sehingga bhn tumisan naik wangi.Addkan serbuk
     rempah kurma.Kacau lagi sehingga sebati.
2.  Addkan ikan  dan gaul perlahan-lahan.Biar ikan mesra bersama bhn rempah.
3.  Bila ikan dah mesra dgn bhn rempah addkan karot serta masukan  air.Kacau perlahan-lahan.
4.  Biarkan sup mereneh bersama karet.
5.  Bila sup dah mereneh addkan garam serta perasa serta serbuk lada hitam.Biar mereneh seketika.
6.  Bila dah masak addkan perahan limau nipis dan terus tutup api.
7.  Bila nak makan bolehlah  disertakan dgn bhn sampingan.



   sory..tomato tak nampak sebabnya..tomato tu Uj letak kat bwh sekali.Malas nak usik lagi...hehe
   malas nak diusik lagi sebab perut dah lapo.....






No comments:

Post a Comment