mytasteindonesia.com

Wednesday, 29 May 2013

UDANG MASAK MASAM MANIS







Assalamualaikum....salam ceria ..Kalau bab menu yang mendatangkan tahap kelesterol yang tinggi ni memang peberet Ujlah.Bila check doktor kata tahap kolesterol tinggi..Dan-dan masa tu jer nak kawal..Tapi bila gi pasar nampak udang ketam melengkor-lengkor..masa tu lupa diri sekejap.Ngeh..ngeh....apa pun memang berhantulah dengan menda-menda nih.....Tak leh nak kawal perasaan dah.Apalagi bila  menda  ni dimasak  kena pulak dengan selera.....ya ampunnnnn......









Bahannya:

1/2 kilo udang kertas dibersihkan
Segenggam cili kering*
20 ulas cili padi *
1 inci halia dihiris
2 ulas bwg putih diketuk
I bj bwg bsr dihiris kasar
1/4 cwn cili sos( Uj guna jenama life)
2 sdu bsr sos tiram
4 helai daun limau purut dibuang urat tengah.
sedikit garam dan gula
sedikit myk utk menumis
sedikit air perahan limau nipis ( kasturi pun bole)
sedikit serbuk kunyit
sedikit air


Cara:

1.      Panaskan kuali.Perap udang bersama sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit.Bila kuali dah
         panas goreng udang setengah masak.
2.      Angkat udang .Dengan myk yg berbaki addkan halia dan bwg putih.Tumis sehingga naik bau.
3.      Bila dah naik bau addkan cili kering dan cili api kisar.Tumis sehingga cili benar-benar masak.
4.      Bila cili dah masak addkan sos tiram dan sos cili .Kacau sebati .Addkan sedikit air.Biar sos
         mereneh dan memekat.Addkan pula daun limau purut yang telah dibuang uratnya.
5.      Bila dah sos dah memekat addkan udang dan gaul udang sebati bersama sos.Addkan bawang
         besar hiris kacau rata.Addkan garam dan gula mengikut citarasa.
6.      Bila sos dah sebati bersama udang tutup api dan  perahkan sedikit perahan air limau nipis.
7.      Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.










    Sedap dimakan panas-panas  bersama nasi putih......








No comments:

Post a Comment