mytasteindonesia.com

Tuesday, 11 June 2013

JAPANESE SOUFFLE SLICE CHEESECAKE






Assalamualaikum...diatas permintaan adik yang datang bertandang Uj membaking cheesecake lagi.Selang aritu baru jer Uj bako cheesecake.Katanya tak puas makan.Kali ni  dia suruh Uj buatkan cheesecake lagi.Ala-ala macam aritu.alahai dik oii...cheese cream tak der dalam simpananlah... pastu esen vanila pun dah habih gara-gara wat cheesecake sebelum ni.Bila pikir-pikir balik..sian pulak kat adik Uj yang sorang ni...dah lah mengandung mengidam pulak nak makan cheesecake.Dalam duk menung2 sambil hirup nescafee panas puas otak ni ligat memikir cemane nak buat ..bahan pentingnya tak ado pulak.Hish tak leh jadilah tukarkan jerlah cheese cream tu kepada sclice cheese..pastu esen vanila tuko pada perahan limau kasturi.Bila keputusan muktamad Uj pun mulalah bersilat...kat dapur.Bila dah siap adunan terus bakar.Bila kek dah masak biarkan dulu dalam oven.Bila dah benar-benar sejuk Uj masukkan dalam esbok.
     Dia janji nak datang petang dalam kul 2 ptg cenggitu.Uj pun tunggulah.Lebihkurang dalam kul 2.30 petang beliau pun muncul.Sengeh-sengeh jer muncul ngan somi dan anak dia sekali. Sambil tu duk tanya " jadi x wat kek"..Ecehhh...pura-pura tanya pulak..Uj pun jawab.."jadi....nape ingat tak jadi buatkan ker"..Dia sampuk lagi" Alahh ...aritu orang tak puas makanlah...kali ni orang nak makan puas-puas.."katanya lgi.....alahaiiiii dik oiii sian ko ek...Oklah kali ni akak ko ni buatkan....sanggup berkorban untuk adik beradik tersayang...maka dgn itu sape nak jamu mata ...jom....sedapppp...UJ addkan blueberry fruits filling diatasnya......Punyalah beliau anak beranak makan begitu berselera sekali...semacam jer pulun.Hilang penat lelah kakak mu ni dik oiii.Adalah berbaki sedikit tinggal kat cik hubby sikit balik keje nanti......Uj pun sama pulun..ewahhh sedap pulak kek bidan terjun ni..bisik dalam hati....Resepi asal dari myresepi tapi Uj ejas bahan jer.....





   Sumber resepi: Onigiri@myresepi

 Bahan:

4 ~ 5 keping slice cheese ( Uj letak 5 keping)
200 ml susu segar
70 g margerine  ( Uj tak letak)
70 g tepung gandum diayak( Uj guna tepung jagung)
70 g gula kastor ( Uj tambah 75g)
4 bj telur saiz M ( asingkan putih dan kuning)
1 sdu teh esen vanila  ( Uj gantikan dgn perahan limau kasturi dalam 1/4 sdu teh)
1/2 sdu teh cream of tartar ( UJ tambah
)


Cara:

1.   Dalam satu bekas koyak-koyakkan slice cheese kecil2 satukan dgn susu segar.
2.   Masak seketika dgn api yang kecil dgn mengacau perlahan-lahan sehingga cheese cair.
3.   Bila dah cair sejukan sebentar.Bila aduan dah sejuk addkan kuning telur.Kacau sebati lagi dan
      addkan tepung jagung.kacau sehingga sebati.  
 4.  Pukul putih telur sehingga berbuih addkan cream of tartar.Tingkatkan kelajuan add gula sedikit
      demi sedikit pukul sehingga stuff peak.
5.   Add 1/3 putih telur kedlm adunan cheese dan kaub balikan.sehingga rata.
6.   Sapu loyang dgn sedikit margerina dan alas dgn baking sheet.(Cara Uj sapu dgn sedikit mentega
      dan taburkan sedikit tepung.Ratakan tepung didlm loyang.)
7.   Tuang aduana chhese kedalam loyang dan bakar secara " water bath"dgn suhu 170 degree selama
      50 minit.Bila dah masak biarkan kek sejuk didalam oven.Bila dah sejuk barulah dikeluarkan.
8.   Untuk lebih sedap lagi sebelum makan masukan cheecake kedalam esbuk.Makan sejuk dgn
      ditambah filling atasnya...... 
    







     Inilah baki  cheesecake yang tinggal....khas untuk cik somi......yang lain dah jadi bahan kumuhan...hehe








    Leleh-leleh toppingnya....sebelum cik somi nak makan siap cakap...bang..kejap bang nak amik gamba...dia pun letak sudu balik.hehe....sian dia ek...zalim tul wife dia...




No comments:

Post a Comment