mytasteindonesia.com

Monday, 3 June 2013

LEMAK PEDAS CENDAWAN TIRAM






Assalamualaikum....N3 Uj kali ni menu besa-besa jer.Menu tengahari tadi masak cendawan jer.Tak der resepi baking membaking.Rasa-rasa nak stop dulu lah baking membaking ni.Cewahhh macam yer-yer jerkan, berjanji sakan.Bukannya ape semenjak dua menjak ni malas tul nak memutar kek.Ni  nak menaip pun malas..kalaulah bole nak ketuk keyboard ni guna jari kaki  sah..suh jari kaki jer ketuk keyboard ni...hehe. Tulah nak menunjukkan betapa malasnyer saya arini...Oklah...menu Uj untuk tengahari ni tadi mungkin merangkap bawak kemalam sekali ialah lemak pedas cendawan tiram....ianya sedap dimakan bersama ikan kembung goreng atau pun ikan masin goreng atau pun dengan ikan yang sewaktu dengannya.....Sekian terima kasih....





Bahannya:

2 plastik cendawan tiram ( ikut saiz.jika satu palstik tu banyak..bole msk 1 plastik jer)
segenggan cili api( ikut tahap kepedasan masing2)*
1 inci kunyit hidup*
4 ulas bwg kecil*
segenggam ikan bilis*
2 btg serai diketuk
santan dari sebiji kelapa (santan mestilah pekat )
sedikit garam

Cara:

1.     Tumbuk bahan bertanda separuh lumat.Basuh bersih cendawan tiram.Ketepikan.
2.     Addkan bahan tumbuk kedalam periuk serta serai yang telah diketuk tadi.
3.     Addkan sedikit garam serta santan.Kacau rata.Masak diatas api yangs sederhana sehingga
        mendidih.
4.     Bila dah mendidih addkan cendawan.Kacau selalu supaya santan tidak pecah myk.
5.     Bila dah agak memekat addkan garam.Kacau rata.
6.     Biarkan kuah mereneh seketika dan tutup api.
7.     Bolehlah dihidangkan.




  Uj suka kalau kesemua bahan rencahnya ditumbuk....baru umph.....ikut petua orang dulu-dulu....





No comments:

Post a Comment