mytasteindonesia.com

Friday, 7 June 2013

LEMAK PEDAS NENAS BERSAMA TULANG IKAN MASIN KURAU










Assalamualaikum...salam jumaat.Inilah menu tengahari Uj.Lemak pedas nenas dgn tulang ikn masin kurau.Tu... dia panjangnya nak disebut..Ikan masin kurau ni Uj beli kat pasar malam yang berhampiran dgn rumah Uj aritu.Manakala nenas pulak pemberian dari mak mertua..Hehe terima kasih mak...kalau mak yang masak menu ni lagi sedap.Biasalah kan.. airtangan mak-mak kita ni memang tiada tolok bandingnya..Apa jua yang dimasak semuanya menyelerakan..Kata orang goreng ikan masin pun sedap...Secara kebetulan mak mertua Uj memang pandai masak.Sentuhan airtangannya..memang ajaib..Caranya membuat kerja pun pantas..Bersilat sana bersilat sini tetiba dah jer siap...Walaupun dah berusia tapi masih cekap lagi membuat kerja....lagi pun mak mertua Uj ni pantang duduk diam..ader jer kerja yang nak dibuatnya.Lagi satu beliau ni kalau masak tak suka blender-blender bagai..Suka tumbuk jer semua bahan..kelentang kelentung kat dapur.sap..sap... dah siap....Apa kerjalah semua cekap....
Ehhh...lari  topik pulak dah..Asalnya nak cerita tentang masak lemak nenas dah pergi ke biodata pulak..hehe.Ni entri membodek namanya...tak per..tak per...Nanti kalau ader nenas yang dah masak kat kebun tu pos-poslah yer mak...hehehe...Hishhh kurang asam punya menantu..Ni kalau tau dek laki Uj ni mesti kembang kuncup hidung ni..maklumlah kita puji mak dia....Oklah jom kita intai resepi....










Bahannya:


Setengah biji nenas dipotong -potong ( lagi sedap nenas yang mengkal)
Segenggam cili api ( ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)*
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bwg kecil*
sedikit garam
1 keping asam keping
santan dari sebiji kelapa
5 ketul tulang ikan masin kurau direndam sedikit
3 batang serai diketuk


Cara:

1.    Tumbuk bahan bertanda sehingga lumat.Celur sedikit nenas dgn air panas dan toskan.
2.    Masukan serai dan bahan tumbuk kedlm periuk.Addkan sedikit garam dan asam keping.
3.    Addkan santan serta ikan masin.Masak diatas api yang sederhana dan kacau selalu supaya
       santan tak pecah minyak.
4.    Bila santan dah memdidih addkan nenas yang telah dicelur tadi.Masak sehingga kuah memekat.
5.    Bila kuah dah memekat addkan sedikit garam.Biar mereneh seketika dan angkat.






    Lagi sedap kalau nenas tu mengkal maksudnya nenas yang hampir nak masak.Manis-manis nenas tu sedap dibuat gulai.
  








   Dimakan bersama ikan goreng.Nasi pulak panas..Maksudnya nasi yang baru kuar dari rice cooker meleleh peluh....



No comments:

Post a Comment