mytasteindonesia.com

Wednesday, 5 June 2013

PUDING ROTI BERSOS KASTARD









Assalamualaikum....Bila hari hujan perut mulalah lapar." kruk..kruk' cacing dalam perut berbunyi minta diisi. Rasa cam nak rebus magie jer untuk alas perut.Tapi terfikir pulak semalam baru jer makan magie.Hishh selalu sangatlah pulak makan maggie ngeh..ngehh...ngeh.Terpandang pulak roti butterscootch dalam lemari ada tinggal beberapa keping jer lagi belen dari sarapan pagi tadi dari menapos roti tu baiklah digunakan seadanya.Terlintas pulak dalam hati nak buat puding roti.Eeeee sedapnya dalam hujan-hujan ni makan puding roti..Apalagi  teruslah bersilat kat dapur..sap...sap...sap siap...Pastu masukan dalam oben...masa nilah yang boring nak tunggu puding tu masak.Sambil tunggu puding masak mulalah pulak wat sos kastard.Nak buat sos kastardnya tu tak derlah lama sgt.....Kacau-kacau siap.












Sumber: hana memories dan izahdaut blogspot.

Bahannya:

8 keping roti* ( uj guna roti butterscoth )
500 ml sus segar ( uj guna sus cair jer)*
4 sdu bsr gula halus*
2 sdu bsr mentega dicairkan*
2 bj telur*
1 sdu teh esen vanila*
1 sdu bsr tepung jagung*
1sdu kecil serbuk kayu manis*( Uj letak 1/4 sdu teh)
2 sdu bsr kismis
sedikit badam hiris( Uj tambah)


Cara:

1.   Panaskan oven 180 degree. Sapu loyang dgn sedikit mentega.
2.   Potong roti dan susun didalam loyang.
3.   Satukan semua bhn bertanda*.Kacau dgn menggunakan whisk sehingga semua bhn sebati.
4.   Addkan diatas roti.Biarkan sebentar supaya roti terendam sepenuhnya selama 20 minit.
5.   Bila roti dah terendam taburkan kismis dan badam cincang diatas roti dan bakr selama 30 minit.

Untuk sos kastard:

1 tin susu cair
2 sdu bsr tepung kastard
2 sdu gula( Uj tambah 3 sdu bsr gula)
1 sdu teh esen vanila( uj tambah)
2 sdu bsr mentega ( Uj tambah)
sedikit garam( Uj tambah)
sedikit pewarna kuning ( uj tambah)



Cara untuk membuat sos:


1.   Satukan semua bhn dan kacau diatas api yang sederhana sehingga sos sedikit memekat.
2.   Bila dah memekat tuangkan sos kedlam bekas kemudian tutup permukaan bekas dgn plastik
      untuk menghindarkan permukaan sos berkulit.









    Puding ni sedap dimakan suam bersama sos kastard yang sejuk.....Nampak puding roti Uj cam tak kena jerkan...hehe sebabnya..Uj tak rendam lama roti tu..Uj rendam sekejap jer pastu terus bako.Malas nak tunggu lelama sebabnya perut dah berbunyi......








   Tu dia puding roti Uj...hitam legamkan puding roti Uj...hehe..Uj tak suka buang kerak kalau wat puding roti sebabnya suka tang kerak tu....
   

No comments:

Post a Comment