mytasteindonesia.com

Tuesday, 25 June 2013

ROJAK MEE KUAH PASEMBUR









Assalamualaikum...salam sayang buat semua teman-teman Uj.Selalunya kalau nak makan rojak Uj beli jer.Tapi kali ni mood terrrajin datang pulak seperti datangnya jerebu hehe.Maka UJ pun cubalah google resepi dari tenet.Banyak jugaklah dapur kawan -kawan blogger masakan yang Uj terjah...Tapi Uj nak cari resepi yang datang dari mamak penang punya.Google punya google Uj terjumpa satu resepi yang benar-benar datangnya dari mamak Penang.Beliau ni seorang pengusaha katering .Nama blog beliau  http://balannambiar.wordpress.com beliau menggelarkan dirinya sebagai Mohammad Roslan @ Mamak haji.Bila Uj baca satu persatu resepinya memang sahlah inilah resepi kuah rojak yang Uj cari-cari selama ni.





Apa yang Uj taulah selalunya mamak ni kalau buat kuah rojak, diorang akan letak biskut marie sebagai secret resepi nya.Secara kebetulan resepi dari Mamak haji  ni ader disebut biskut marie sebagai bahan kuahnya.Yelah mood terajin pun ader, Uj pun kuar jap beli bahan-bahannya.Bila bahan dah ader mula lah bersilat kat dapur.Dan hasil nya..memanggg 5 bintang.Resepinya menepati citarasa Uj sekeluarga.Cik somi pun puji melambung katanya bole berniaga ni...Wah bertambah kembanglah hidung yang dah sedia kembang setaman ni...hehe.Terima kasih pada mamak haji diatas kemurahan hati beliau untuk berkongsi resepirojak  yang sedap ni.Selalunya orang yang berniaga ni tak berani nak berkongsi resepikan.Semoga bertambah murah resepi mamak haji....Kuahnya Uj buat diwaktu malam untuk dimakan dikeesokkan harinya.Kata orang lagi kuah rojak ni kalau dimasak semalaman dan dimakan pada keesokkan hari nya lagi terangkat..sebabnya semua bahan-bahannya dah sebati.Seperti kita masak kari jugaklah.Cuba kita masak kari tu harini dan makan dikeesokkan harinya  lagi "piauuuu" kan....

Resepi kuah rojak pasembur:http://balannambiar.wordpress.com/2012/04/18/resepi-cucur-passembur-rojak-mamak/





Bahannya:

1/2 kilo keledek ( seelokkya keledek kuning)*
125 gm udang ( lagi sedap udang yang kecil tu)*
125 gm kacang tanah digoreng ( klu nak senang gaul kacang dgn sedikit myk dan goreng)*
10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
3 ulas bwg putih*
2 bj bwg besar( klu guna bwg kecil dalam 15~20 bj)*
2 sdu bsr asam jawa yang tlh diperah dgn 1/2 air tapis
1/2 cwn gula ( klu x suka manis bole kurangkan)
sedikit garam
5~ 8 keping biskur marie direndam dgn sedikit air putih.


Cara:

1. Goreng cili kering,bwg besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dgn sdikit myk.Bila dah layu
    angkat.ketepikan. 
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bhn bertanda* keledek,udang,bawang putih,bwg bsr,cili
    kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.(Uj kisar menggunakan FP)
3. Add dalam periuk bersama 4 cwn air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut
    tahap kecairan yang dikehendaki )
4. Bila dah mendidih addkan air asam jawa tadi.Addkan juga gula dan garam.Kalau rata sehingga
    kedasar periuk. 
5. Bila dah seimbang kesemua rasanya addkan biskur marie yang telah direndam tadi.Masak lagi
    sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika menggunakan keledek yang
    berwarna putih dan kuahnya agak pucat bole addkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau
    rata.( macam kuah mamak tu ade kaler oren)
6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.


Bahan sampingan:

Mee kuning dicelur sedikit
Tauhu digoreng
taugeh dicelur sedikit
timun dihiris
sengkuang dihiris
sedikit cucur udang( Uj skip sbb malas nak buat)

* resepi untuk membuat cucurnya pun ader diblog beliau.Sesiapa yang rajin bole ler intai-intai...









13 comments:

  1. saya nak share ye resepi ni..tq

    ReplyDelete
  2. Ssedapnya tgok rjak nie..nk cuba buat la kjp lg..tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. fazliana bole cuba yer..berbaloi...lagi sedap dibuat semalaman...

      Delete
  3. Memang sedap da.n betselera.NAL try buat

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Zainab..cuba try test buat yer hehe

      Delete
  5. gune udang basah ke udang kering sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna udang basah yer...lagi sedap kalau guna udang basah yang kecik putih tu.....

      Delete
  6. nampak menggiurkan kuah tu..slurppppp ;)

    ReplyDelete