mytasteindonesia.com

Wednesday, 12 June 2013

SAMBAL TUMIS BILIS BERPOTAI










Assalamualaikum.....Cakkkk..... dah makan tengahari ker???..hehe.Wah ... tanya pulak ekkk...Hari ni Uj masak sambal petai.Baru jer lepas makan .Alhamdulillah.Sendawa pun bau petai lagi ni..Oklah.... petai ni Uj beli kat pasar malam  ari tu.Uj beli adalah dalam 1 ikat cenggitu.Beso-beso gaklah ulasnya.Biasalah kan kat mana-mana pun  petai ni   dalam 4 papan rega mesti 5 hinggit Mahalkan......???? Cekik darah betul.Yelah.. sekarang ni mana nak dapat lagi  rega petai cam dulu.Zaman merahnya makngah dulu bolehlah.Dulu 5 papan dalam satu ikat, rega baru 2 hinggit jer...Tapi disebabkan dah tersuka sesangat dengan petai ni Uj pun rembatlah satu ikat.Uj pilihlah yang ulasnya beso-beso sikit..lama gaklah memilih ..pas satu..satu Uj belek.Sampai orang jual tu cakap.. "semua sama jer kak.." sambil sengeh-sengah..Grrrrr...... marahlah kot..Uj wat derkkk jer.... sebab kita yang bayo wooo...kang beli rega 5 hinggit tapi kecut-kecut...rugiiii   woooo...barang mahal sekarang ni...Grrrrr...marah ni.....
   Ok jom jamu mata ngan sambal Uj...







Bahannya:

1 ikat petai diambil isi
1 /2 mangkuk ikan bilis
2 bj bwg besar dihiris kasar.
11/2 cwn cili kering direbus dan dikisar
sedikit belacan
sedikit air asam jawa ( Uj guna paste asam jawa jenama adabi)
1/4 cwn susu cair atau santan
garam dan gula
sedikit myk utk menumis.


Cara:

1.     Panaskan kuali.Goreng ikan bilis separuh masak.angkat.
2.     Dengan myk yang berbaki add cili kering.Masak sehingga terbit minyak.Add air asam jawa.
        Kacau rata.
3.     Addkan petai .kacau sebati kemudian addkan ikan bilis.kacau sebati.
4.     Bila semua bahan dah sebati perasa kan dgn garam serta sedikit gula.
5.     Akhir sekali masukan bwg besar.Kacau rata dan angkat.

  


    Abaikan minyak yang berkilat-kilat tu....hehe





No comments:

Post a Comment