mytasteindonesia.com

Monday, 10 June 2013

SCLICE CHEESECAKE










Assalamualikum...Hari ni Uj terajin sikit...Sebabnya gara-gara cerita gi kenduri semalamlah.Semalam Uj gi rumah sepupu Uj kawen...Lepas selesai majlis..kami sekeluarga duduklah  borak-borak sambil  tu tuan rumah hidangkan kuih muih.Uj nampk ada cheesecake sekali yang dah siap dipotong-potong...Selain dari cheese cake tu adalah karipap dan cur badak.Tapi Uj tak sentuh pun karipap dan cur badak tu.Sebabnya rasa cam masih kenyang lagi.Tangan ni pun capailah cheesecake sepotong.Bila dah masuk mulut dan benda alah tu dah melalui anak tekak tiba- tiba Uj terpaku seketika..... Ya Allah sedapnya kek ni... ..struktur keknya tu terlalulah lembutnya...bila dipegang melekat ditangan.Bila makan tu terasa cair dimulut jer .Dalam diam-diam  Uj pun pulunlah  6 keping...hishh buruk makan betul.Sepotong-sepotong cheesecake tu masuk dalam mulut.Sambil borak sambil capai...sambil tu hirup pulak teh O....Tertanya-tanya pulak dalam hati..apa nama cheesecake ni ek??..Teramatlah sedapnya rasanya tak pernah makan sebelum ni....Nak tanya tuan rumah segan pulak.Sebab diaorang semuanya sibuk.
      Tiba-tiba melintas pulaklah adik pengantin. Sah...budak ni jadi mangsa ni kang...Uj pun panggil..Dia pun datang sambil senyum-senyum...Sambil tu Uj capai tangan dia..bisik kat telinga..."Kak cik .... kak Umie nak tanyalah sedaplah cheesecake..tempah kat mana ek"...Dia pun senyum sambil jawab" Tak taulah Kak Umie.Ni kawan yang sama sekolah dengan Kak Anis  (pengantin) yang buat...kawannya tu keje kat hotel jadi chef.Dia bagi kat kak Anis kek ni sebagai hadiah sebab kak Anis guna khidmat dia untuk masakkan lauk pengantin.."...Adussss.......Uj pun jawab.." Ooo ye ke...kak cik tau tak apa nama kek ni ek..." Uj tanya lagi.Sebab masih tak puas hati ni selagi tak tahu nama keknya.Yelah kalau dah  tau nama kek tu senanglah nak google resepi nyer..Budak tu pun jawab lagi "Entah lah ek...tak taulah pulak  ..nantilah  Kak cik cuba tanya kat Kak Anis nanti ape2 nanti sms.." Wahh biaselah kan statement cenggitu....Uj pun jawab ringkas jer.."Ooo ye ke..oklah..terima kasih yer"...Aduh...Nak tanya bile masa pulak.Pengantinnya pun dah selamat gi rumah mak mertua.
       Bila sampai rumah dah siap mandi segala..Uj pun on laptop cuba google resepi..selidiklah semua gambar-gambar cheesecake yang ader kat alam maya ni..Tetiba terpandanglah kek yang seakan-akan sama rupanya..Hishhhh...mesti ni keknya...Baca reaksi pengunjung-pengunjungnya..rata-rata ramai yang kata sedap...Uj capai kertas dan pen terus salin resepi.
        Petang ni tadi mulalah Uj membuat cheese cake.Teliti tul baca resepi.Terkelip-kelip mata ni pandang satu-satu arahan.Mestilah kang salah baca kang  rugi jer bahan...Wah berkobar-kobar semangat ni...dalam ati cakap sensorang "dapatlah aku makan puas-puas kek ni nanti..".Bila dah godek-godek bahan terus bakar...Masa yang paling menyiksakan ialah nak menunggu kek tu masak....Tunggu punya tunggu.... punya tunggu...tetiba..." ting..." Oven berbunyi tanda kek dah masak...Tapi kenalah  tunggu lagi sebabnya cheesecake ni kena dibiarkan dalam oben dulu. Bila dah  sejuk baru leh keluarkan.Kalau dikeluarkan cepat-cepat nanti kang  tak cantik pulak benda alah tu...Mendap pulak kang..Maka tunggu lagilah.Sambil tu, Uj pun buatlah keje lain dulu.Sambil lalu kat oven tu sambil jeling kat kek tu..lalu lagi jeling lagi.Hish kalau kek tu bole bercakap...maunya terjerit-jerit kek tu.."weyyy sabarlah..." kata kek tu kot...... heheh.
      Dengan berkat kesabaran yang paling tinggi..masa memotong kek pun berjalan..Terketar-ketar tangan ni..Kang tak betul potong kang herot berot pulak kek ni..tak lawo pulak nak snap gamba..Ecehhh....riak pulak hati ni ..Uj pun makan lah sepotong...Bila dah makan sepotong tu terhenti seketika.....nangeesssss..."huwaaaaaa....  tak sama rasa........"
       Maghrib ni tadi adik Uj datang hantar barang...Uj pun hidangkan cheesecake ni kat dia... Uj nampak dia pulun semacam jer..selera betul nampaknya..Siap tanya resepi lagi..Uj tanya dia" pesal sedap ker????...Dia kata "sedap sangat".Menepati selera dialah tu....Uj pun bagilah  resepi ni kat dia..Tapi tak tahulah bila kurun dia nak buat hehe...Pada pendapat Uj kek ni sedap lembut dan gebus jer....tapi rasanya tak sama dgn kek yang Uj makan kat rumah sepupu Uj tu...mungkin lain kek kot......"huwaa...nangeesss lagi"
        Alamak..terpanjang pulak...N3.......










Resepi:Onigiri @ myreserepi



Bahan:

4 ~ 5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 g margerine
70 g tepung gandum diayak
70 g gula kastor
4 bj telur saiz M ( asingkan putih dan kuning)
1 sdu teh esen vanila



Cara:

1.   Dalam satu bekas koyak-koyakkan slice cheese kecil2 satukan dgn susu segar.
2.   Masak seketika dgn api yang kecil dgn mengacau perlahan-lahan sehingga cheese cair.
3.   Bila dah cair addkan margerine .Kacau sebati .Sejukan sebentar.Bila aduan dah sejuk addkan
      kuning telur.Kacau sebati lagi dan akhir sekali addkan tepung.Kacau semua bahan sebati.
4.   Pukul putih telur sehingga berbuih addkan gula sedikit demi sedikit dan dgn kelajuan yang tinggi
      sehingga menjadi meringue.
5.   Add 1/3 meringue kedlm adunan cheese dan kaub balikan.sehingga rata.
6.   sapu loyang dgn sedikit margerina dan alas dgn baking sheet.(Cara Uj sapu dgn sedikit mentega
      dan taburkan sedikit tepung.Ratakan tepung didlm loyang.)
7.   Tuang aduana chhese kedalam loyang dan bakar secara " water bath"dgn suhu 170 degree selama
      50 minit.bila dah masak biarkan kek sejuk didalam oven.Bila dah sejuk barulah dikeluarkan.  
    




   Terserlah kegebuannya......





   Slice cheesecake kejadiannya sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment