mytasteindonesia.com

Monday, 22 July 2013

AIR JAGUNG..PERGHHH MEMANG BERBALOI










Assalamualaikum...salam sejahtera...perghhh itulah yang dapat Uj katakan selepas meneguk air jagung ni.Memang pengsan.Rasanya tiga empat gelas jugaklah UJ minum air jagung ni.Sampai kembung perut...puas rasa dapat minum ..Encik somi pun suka...sesiapa yang  nak mencuba...memang berbaloi.Uj buat dalam kuantiti yang banyak jugaklah sebab suka simpan dalam peti ais.Tetapi jika sesiapa yang nak buatnya  untuk berbuka puasa dan dalam kuantiti yang sedikit...bole lah diagak-agaklah kuantiti bahannya.Resepi  air jagunu ni Uj copy paste dari dapur Cik mat gebu jerlah ye...Izinkan Uj copy paste resepinya ye cik mat...terima kasih.....cik mat...






Sumber resepi: Cik Mat gebu

Bahannya:

Pati minuman jagung secukupnya (sebarang jenama, cm guna cap double lion UJ pun guna double lion) (Uj buat 1/2 cwn pati minuman jagung)
Air secukupnya  (Uj guna 400ml)
Gula secukup rasa ( Uj add 7 sdu bsr)
1/2 tin jagung dalam tin (UJ 1 tin jagung manis)
1 tin susu cair
2 camca besar susu pekat manis ( Uj guna 3 sdu bsr)
Ais kiub secukupnya
Cara membuatnya:


  1. Masak air bersama gula, satu kole air dimasak dengan 7 camca besar gula, masak hingga larut. Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya, yang ni anda agak2 lah yea, hingga anda dapat aroma dan warna yang secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api. Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub untuk berbuka puasa nanti..


        Maaf lah  yer...tak nampak jagungnya... jagung tu malu  kot nak enter prem tu yang dia tenggelam kat dasar cawan.....





4 comments:

  1. Nak cubalah reaepi ini.. Selalu pegi Uptown Danau Kota.. Ada "Air Jagung Ketagih".. Pergh.. Rasanya mmg terbaek.. Pernah tanya mintak resepi tapi dia kata resepi ada berbagai ramuan rahsia.. Tapi air jagung dia mmg buat org ketagih.. Minggu ni nk pegi lagi.. Nk try air jagung ketagih special pulak.. πŸ˜€πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Ayaq jagung kedah sempoi...

    ReplyDelete