mytasteindonesia.com

Saturday, 6 July 2013

HEAVENLY ORANGE CAKE







Assalamuaalaikum salam sabtu dan salam sayang buat semua teman-teman Uj yang Uj hormati.Harini Uj nak kongsikan satu resepi kek yang mana bagi pendapat Uj merupakan salah satu kek kegemaran Ujlah.Selain dari Uj rata-rata ramai ahli keluarga Uj yang lain pun turut menggemari kek ni.Nak tau kenapa ya ..Sebabnya adalah kerana rasa keknya yang lemak-lemak manis dan terserlah rasa keorenannya.Manakala struktur keknya pulak  gebu sesangat. Bila dibakar terserlah bau aroma buah orennya satu rumah...Dan bila dimakan pulak..kalau masuk kedalam mulut tu bak kata orang cair dimulutlah....Cewahhh....Salah seorang peminat tegar kek ni ialah mak Uj.Kalau Uj nak balik ke kampung mesti dipesannya suruh buatkan sebijik kek oren ni untuknya...Kali ni Uj bakar menggunakan loaf pan jer.
     Ok bagi sesiapa yang ingin mencubanya disini Uj sertakan resepinya...Tak caya cer cuba yea....








Bhn:

  220 g tepung naik sendiri ( ayak)*
  1/4 sudu teh garam ( ayak)*
 125 g mentega ( Uj gunakan margerine jer)
 180 g gula kastor
  60 ml jus oren sunkist
  1 sudu teh parutan kulit oren
  150 g sour light cream @ natural yogurt
  3 biji telur ( asing putih dan kuning)

Cara:

1.   Panaskan oven dan gris loyang dgn sedikit mentega dan tepung
2.   Pukul mentega,gula dan parutan kulit oren sehingga kembang
3.   Add kuning telur satu persatu.Pukul sehingga sebati
4.   Addkan pula tepung berselang seli dgn sour light cream @ natural yogurt dan jus oren.Kacau
       rata secara kaub balikan sehingga sebati.
 5.   Pukul putih telur kental ( meringue).Addkan kedm adunan tepung tadi.Kaub balikan
      perlahan-lahan sehingga sebati.
6.   Masukan adunan kedalam loyang dan bakar selama 45 ~ 50 minit atau sehingga masak.







   Gebu tak kak Ton.......kek ni tak der dibotoxkan yer...cuma menggunakan putih telur yang dipukul sehingga "soft peak"




   Ini kek yang masih panas lagi baru kuar dari oben dan belum dipotong lagi......



No comments:

Post a Comment