mytasteindonesia.com

Thursday, 11 July 2013

IKAN PARI BAKAR BEREMPAH DAYANG JACK














Assalamualaikum....Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Apa menu berbuka puasa harini?.Harini menu Uj simple jer..iaitu ikan pari bakar merempah.Resepi ikan pari bakar berempah ni Uj intai dari dapur dayang jack dan url blog beliau ialah http://dayangjack.blogspot.com/2011/08/pari-bakar-berempah-harumterbaekkk.html#ixzz2Yk4ZuIeC.
Dah lama dah Uj dok intai resepi ikan pari bakar dari dapur dayang ni..tapi belum ada kesempatan nak membuatnya.Hari ni untuk juadah berbuka puasa rasanya sedaplah jika ada ikan bakar.Dalam resepi Dayang,Dayang gunakan daun pisang..tapi disebabkan daun pisang tak ada Uj gantikan dengan daun kunyit jer.Begitu juga dengan bunga kantannya Uj gantikan dengan daun kesom jer.Terimakasih kepada dayang diatas resepi terbaeekk ni.Memang sedap...bertambah jugaklah kami sekeluarga makan...Siap ratah lagi.Kepada Dayang izinkan Uj copy paste resepinya disini yer. 










Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
Bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu) - Uj ganti dgn beberapa tangkai daun kesom
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!




No comments:

Post a Comment