mytasteindonesia.com

Friday, 5 July 2013

KARIPAP OH KARIPAP









Assalamualaikum dan selamat malam.Petang tadi Uj wat karipap.Dah lama gaklah Uj tak membuat karipap ni.Ni gara-gara nak menghabiskan stok kentang yang dah tersimpan lama tu maka terpanggilah pulak nak membuatnya.Secara kebetulan karipap ni memang kesukaan Encik Somi kita.Encik somi kita ni kalau dapat makan karipap  tak hingat donia lagi dah.Kena pulak karipap yang intinya manis-manis sikit tu...Memang tak pandang kiri kanan toleh depan belakang lagi dah kalau dah dapat makan karipap ni.Setiap kali bulan puasa kalau gi ronda bazar ramadan tu..ha karipaplah yang wajib dibawak balik  selain makanan yang lain...Aduhai tensionnya....Tapi nak buat cemana kan dah memang kegemarannya....Ni karipap versi Uj pulak  yer...








Bahannya:


Untuk pastri:


1 /2 kilo tepung gandum
1/4 cwn mentega dicairkan ( Uj guna margerine)
1/3 cwn air
sedikit garam ( Uj x letak sbb margerine tu dah masin )


 Untuk Inti

5 bj kentang dibersih dan dipotong dadu
1 bj bwg bsr *( dikisar)
2 ulas bwg putih* (dikisar)
1 bj bwg bsr dipotong dadu
1 ulas kiub daging (letak daging lagi sedap)
2sdu bsr serbuk kari ikan ( uj guna jenama babas)
2 sdu bsr serbuk kari daging ( uj guna jenama babas)
4 tangkai daun kari
Air
garam dan gula
sedikit daun sup
myk utk menggoreng


Cara:


1.        Satukan semua bahan pastri uli sehingga menjadi doh.Kemudian  bulat2kan  sebesar bola
           pingpong ketepikan seketika.
2.        Panaskan myk add bhn kisar.Bila bahan kisar dah naik bau addkan serbuk kari ,daun kari serta
           kiub daging tadi.Kacau sehingga semua bahan sebati dan bahan tumis terbit myk.
3.        Bila bahan rempah dah naik bau addkan kentang.Kacau rata dan masukan sedikit air.Masak
           kentang sehingga empuk.(Boleh tambah air lagi jika kentang masih belum empuk)
4.        Bila kentang dah empuk addkan garam serta gula.Taburkan daun sup serta bwg bsr dipotong
           dadu. Kacau rata dan angkat.
5.        Lemperkan tepung yang tlh dibulatkan sebesar bola pingpong tadi,masukan inti.
6.        Lipat dua  dan kelimkan dibahagian tepinya.
7.        Panaskan myk dan gorenglah sehingga kuning keemasan.




   Uj suka intinya yang cair-cair sikit....




    Montok-montok karipapnya......






   Ini karipap yang dah siap tapi belum digoreng....tunggu Encik somi balik baru goreng makan panas-panas...hehe.. " karipap panas...karipap panas"



No comments:

Post a Comment