mytasteindonesia.com

Tuesday, 23 July 2013

LEMAK PEDAS TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH










Assalamualaikum....menu iftar hari yang ke13 arini Uj masak lemak pedas telur itik jer...Telur itik ni mak mertua Uj yang bagi.Sebenarnya terlupalah pulak ada stok telur itik dalam esbok .Bila kemas-kemas esbok terjumpa pulaklah beliau ni..Hai kalau disimpan lagi maunya menetas telur itik ni kot...Bila Uj check balik telur ni  kat bawah sinaran matahari nampak macam masih elok lagi jer.Puaslah Uj duk  belek satu persatu kat bawah cahaya matahari tu.Orang tenguk pun naik pelik..wat esperimen ker apa aku ni...Makanya Uj pecahkan dalam piring.Memang masih cantik lagi telur ni...Tiba-tiba datanglah idea nak menelur  (betul ke bahasa tu???) pulak arini.
Siap-siaplah pulak gi cari bahan ape yang patut kat kedai tu sebagai gandingan kepada telur itik ni.Nampaklah pulak belimbing buluh..haaa memang sesuwaiii sesangat lah tu.Uj kalau masak gulai telur itik ni suka kuahnya yang pekat melekat.Pastu pedas dan ada rasa masam-masam sikit ha...barulah kick....Bila kuah tu digaul dgn nasi ..kuah tu melekat pada nasik tu macam masak gulai kari yang pekat tu....haa camtulah.Ini memang kegemaran cik somilah ni...maklumlah emaknya penternak itik yang berjaya. Hishhh....setiap kali balik kampung mesti mak mertua bekalkan telur itik....huwaaaaaa....nanges....








Bahannya:

5 bj telur itik
santan dari sebijik kelapa
segenggam ciliapi*
2 inci kunyit hidup*
segnggam ikan bilis*
2 ulas bwg kecil*
3 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit dihiris
15~ 20 bj belimbing buluh dibuang tangkainya dan dibelah 2
3 keping asam keping
garam secukup rasa


Cara:

1.     Tumbuk bahan bertanda* sehingga lumat.Addkan kedalam periuk.
2.     Addkan juga santan sedikit garam ,serai dan asam keping.kacau rata supaya bahan tu sebati.
3.     Masak atas api sambil mengacau perlahan-lahan jangan sampai kuah pecah myk.
4.     Bila kuah dah agak memekat  perlahankan api.Addkan telur itik tadi satu persatu.Jgn dikacau
        dikuatiri telur itik itu akan pecah.
5.    Biarkan kuah mereneh seketika kemudian barulah dimasukan belimbing buluh tadi serta
       tambahkan sedikit garam lagi.
6.    Kacau perlahan-lahan tutup api dan taburkan daun kunyit yg tlh dihiris tadi
7.    Siap....



   Kalau masak gulai telur itik ni kami suka kuahnya yang pekat dan melekat......bermakna santan tu  nak pekat..dan bole ternak kolesterol...hehe..




No comments:

Post a Comment