mytasteindonesia.com

Friday, 19 July 2013

LEMAK PEDAS TENGGIRI BERSAMA PERIA







Assalamualaikum...buat semua teman ....seronok intai dapur teman-teman blogger.Semua menu sedap-sedap belaka...ada yang rajin buat desert...dan  ada  juga yang rajin buat kuih muih hishhh...terliur sungguh.Kalaulah Uj ni  ada kerajinan, semua Uj nak buat...tapi biasalahkan.Bila taim mood malas menyerang Uj buat apa yang patut jer....Selalunya kami sekeluarga makan nasi jer bila berbuka tu.Kuih muih atau desert-desert ni bila teragak jer buat..Sebab yang makannya tak ramai.Kalau buat pun Uj jer yang abiskan sorang.Kena cik somi kita...bila dah dapat makan nasik tu pun dah memadailah baginya.
Hari ni Uj berbuka dengan nasi jer.Lauknya pulak ikan tenggiri.Ikan tenggiri tu Uj wat masak lemak cili padi jer.Kalau letak ikan tenggiri tu semata buruk pulak ropernyer...tergolek dog jer ikan tenggiri tukan.Nak bagi ikan tenggiri tu seksi sikit Uj letakan peria sebagai bahan rencahnya.Makan ikan tenggiri tu pastu gigit pulak peria yang rasa pepait tu...buka selera rasanya.







Biasalah Uj ni kalau masak lemak cili padi ni suka ikut cara nenek Uj masak.Maklumlah orang negeri sembilan.Kami ni kalau masak lemak cili padi tu suka kuahnya yang pekat,podeh dan ada rasa memasam sikit.Barulah membuka selera.Cili apinya tu pulak tak suka diblender.Kurang "umphhh" rasanya kalau diblender.Selalunya Uj tumbuk jer bersama kunyit hidup.Dan ciliapi tu bila  ditumbuk tu tak mo cilinya hancur sangat..Selalu nya cili api tu cuma dipecah-pecahkan jer.Lagi "terangkat" kalau dimasak dalam belaga.Kalau masak dalam periuk mahal-mahal ni kurang "kawww"dan tak mo dikacau sangat takut ikannya hancur.Kalau kacau utk mengelakkan  gulai tu  dari pecah minyak cuma kacau diatas permukaan kuah tu jer.Bila dah mendidih angkat belaga tu dan goyang-goyangkan belaga tu. Selalunya itulah petua orang negeri sembilan masak lemak cili padi.Itu ikut cara orang dedululah.Apinya pun nak dijaga takmo kecil sangat.Kalau kecik sangat cepat pecah minyak gulai tu.Orang sekarang nak cepat semua main blender jer....hehe....sesekali pun Uj kalau masak belasah gakkk


Bahannya:

5 keping ikan tenggiri sederhana besar dibersihkan.
2 inci kunyit hidup ditumbuk halus.
1/4 cwn cili api  ditumbuk kasar ( ikut tahap kepedasan yang diingini)
santan dari sebijik kelapa
sedikit garam
3 @ 4 keping asam keping
1 biji peria dipotong dan dibelah.



Cara:

1.     Tumbuk kunyit dgn sedikit garam sehingga hancur.Kemudian addkan cili api.Tumbuk cili
         api tu dipecah-pecahkan jer.Ketepikan
2.      Add ikan dan peria kedalam periuk.Addkan sekali bahan tumbuk.Gaul perlahan-lahan  semua
         bahan serata.Addkan  sedikit garam serta asam keping dan santan.Kacau rata semua
         bahan.
3.      Jerang periuk diatas api.Memula gunakan api yang besar kacau selalu untuk nak mengelakkan
         santan dari pecah myk.Bila gulai dah nampak cantik dan serata, kecilkan api.Biar gulai mereneh
         seketika.Addkan garam.Kacau rata atau goyang-goyangkan periuk dan angkat.










   Menu Uj arini lemak pedas tenggiri bersama peria dan sayurnya pula Uj goreng taugeh bersama kucai dan tauhu jer...Alhamdulillah utk rezeki arini....






No comments:

Post a Comment