mytasteindonesia.com

Friday, 5 July 2013

SAMBAL BILIS CILIAPI BERSAMA JERING TUA










Assalamualaikum...salam jumaat  kepada semua rakan-rakan yang Uj sayangi.Bulan Sya'ban dah pun hampir sampai ke penghujungnya.Tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan ramadan pula.Sekejap aje masa berlalukan.Pejam celik,pejam celik dah bertambah usia kita.Oklah arini Uj nak kongsikan satu resepi yang biasa-biasa aje.Bahan pun bahan yang biasa-biasa aje...iaitu sambal ikan bilis cili api bersama jering tua.Kalau jering muda tentu biasa orang makan kan.Yang jering tua ni jarang sekali orang makan disebabkan baunya yang kuat.Jering tua ni mak mertua Uj yang bagi.Maklumlah kami ni orang kampung. Makanan yang sebegini memang dah biasa bagi kami dan kami memang menyukainya.Oklah jom intai resepi  Uj...











 Bahannnya:

1 mangkuk ikan bilis
10 ulas jering tua (dipotong dan ditumbuk sedikit)
Segenggam ciliapi(ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
1 bj bwg besar dihiris kasar
Sedikit garam
Sedikit perasa @ sedikit gula (optional)
myk utk menggoreng)



Cara:

1.      Panaskan myk add jering yang telah ditumbuk sedikit tadi.Goreng setengah masak.Angkat.
2.      Dengan myk yg berbaki goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat.
3.      Tumis cili api sehingga garing dan addkan garam serta perasa @ gula(optional).kacau sehingga
          semua bahan sebati.
4.       Bila semua dah sebati addka bwg besar kacau rata dan addkan jering dan ikan bilis tadi.
5.       kacau rata dan bolelah diangkat.    








    Sedap dimakan bersama nasi panas.





No comments:

Post a Comment