mytasteindonesia.com

Saturday, 20 July 2013

SAMBAL PEDAS IKAN TENGGIRI










Assalamualaikum...menu untuk berbuka puasa Uj arini ialah sambal pedas ikan tenggiri.Seperti biasa jugaklah menu iftar Uj takder kuih muih atau desert-desert..Cik Somi suka makan nasi jer  bila berbuka ...Ikan tenggiri nipun  adalah lebihan dari ikan yang Uj wat masak lemak pedas cili api bersama peria semalam.Malas nak simpan lelama ikan ni...makanya arini Uj bagi perabih stok ikan tenggiri yang ada.Lagi pun malas nak masak lauk lain waktu sahur nanti.Kalau dibuat sambal makan sahur nanti selera  la jugak...pastu nanti tambah jer telur goreng mata dan curah kicap manis...laju jer makan.









Bahannya:

4 keping ikan tenggiri dibersihkan
segenggam cili api merah*
sedikit cili api hijau.*
1 bj bwg besar dihiris kasar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula @ perasa (optional)
myk utk menggoreng.


Cara:


1.     Gaul ikan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.Ketepikan
2.     Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat.Ketepikan.
3.     Panaskan myk goreng ikan.Angkat.
4.     Dengan myk yang berbaki addkan bahan tumbuk.masak sehingga cili masak.
5.     Bila cili dah masak addkan garam gula atau perasa.Gaul rata.Addkan bwg bsr hiris.Kacau
        rata.
6.     Akhir sekali addkan ikan.kacau kaub balik dan angkat.






    Sedap dimakan dgn nasi panas....









No comments:

Post a Comment