mytasteindonesia.com

Friday, 12 July 2013

TAUHU SUMBAT

 




Assalamualaikum...Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa.Hari ni pun masih lagi kami berbuka dengan menu yang simple.Setiap kali bulan puasa tauhu sumbat ni memang menu yang wajib Uj buat.Sebabnya tauhu sumbat ni merupakan salah satu menu kegemaran keluarga Uj dan nak
membuatnya pun senang...Alhamdulillah keluarga Uj ni tak cerewet tentang makanan.Selalunya kami berbuka dengan nasi jer.Tapi hari ni terajinn sikit...bahan pun ada..maka Uj tambah tauhu sumbat sebagai makanan sampingan.Buat pun tak banyak.Uj buat lima keping tauhu jer.Kalau buat bebanyak takut membazir pulak...





Bahannya:

5 keping tauhu
sedikit hirisan timun
sedikit hirisan sengkuang
sedikit taugeh dicelur
myk utk menggoreng



Cara:

1.     Tauhu digoreng dan dipotong dua dan dibelah tengahnya
2.     Addkan bahan hiris kedalam belahan tauhu tu.


Bahan sosnya:

1 cwn cili kering direbus dan dikisar
2 ulas bwg putih diketuk
1/4 cwn cili sos
sedikit garam
5 sdu bsr gula
sedikit perahan air limau kasturi


Cara:

1.   Satukan cili kering dan bwg putih .masak sehingga cili mendidih.
2.   Bila cili dah mendidih addkan cili sos.kacau rata.
3.   Addkan pula garam serta gula.kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
4.   Biar kuah sos  memekat.
5.   Bila dah memekat addkan perahan limau kasturi dan kacau rata.tutup api.
6.   Bolehlah dihidangkan bersama dgn tauhu yang telah disumbat dgn sayuran tadi.














No comments:

Post a Comment