mytasteindonesia.com

Sunday, 7 July 2013

TOMYAM RINGKAS









Assalamualaikum....hari ni Uj malas nak masak yang rumit-rumit.Nak keluar beli barang pun malas.Selongkar esbok nampak masih ada lagi beberapa bahan yang masih berbaki lagi.Itupun kuantitinya tak banyak.Seciput-seciput jer.Bila dikumpulkan bahan yang ada bole ler dibuat tomyam.Ayam ada sikit.Sotong pun ada sikit..Udang pun ada sikit lagi.Sesuwai sangatlah tu dibuat tomyam .Panas-panas cenggini  kalau dapat hirup tom yam sedap gakkan???. Campakkan pulak cili api yang diketuk dalam lima atau enam biji  ....Tak yah lauk lain dah.Hanya cuma tambah telur dadar jer.Telur dadar tu seeloknya digoreng  garing-garing.Dijodohkan pulak dengan nasi yang masih panas lagi...perghhhh...pengsan sekejap.....









Bahannya:

sedikit ayam dipotong kecil
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit bunga kobis
sedikit tomato dibelah 4
sedikit karet dihiris bulat
2 biji bawang besar dihiris bulat.
1 paket pes tomato adabi
2 biji perahan air limau nipis
6 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut dibuang uratnya
sedikit sos ikan
2 sdu bsr susu cair
sedikit garam serta gula.
air secukupnya.


Cara:


1.       Add air dalam periuk.Add ayam serta serai.Biarkan medidih.
2.       Bila dah mendidih add pes tomyam, karet,bunga kobis,udang serta sotong.Kacau rata.
3.       Addkan tomato yang telah dibelah empat,sos ikan, garam dan gula serta daun limau
           purut.Kacau rata.
4.       Bila rasa dah seimbang addkan susu cair serta bawang besar yang telah dihiris bulat..Tutup api
          addkan perahan limau nipis tadi.kacau rata dan angkat.
5.       Bila nak makan ketuk cili api dan addkan kedalam tomyam.










   Alhamdulillah....dengan rezeki yang ada......jemput makan....
  




No comments:

Post a Comment