mytasteindonesia.com

Thursday, 1 August 2013

SAMBAL PEDAS DAGING KAMBING






Assalamualaikum...Alhamdulillah...selamat berpuasa buat semua teman yang Uj sayangi.Hari raya bakal menjelang tiba.Ramai dikalangan rakan-rakan dah pun sibuk membuat kuih untuk persiapan hari raya...Bila Uj tinjau dapur rakan-rakan terliur tenguk miskut-miskut yang sedap-sedap tu..Tapi Uj belum ada kesempatan lagi nak membuatnya...Mungkin minggu depan kot Uj mula membaking balik.Seperti biasalah Uj masih lagi dengan menu iftar.Menu berbuka puasa Uj arini, Uj wat sambal daging kambing jer menu simpel.Disebabkan masa yang terlalu ketat mana nak menyiapkan pakaian keluarga untuk hari raya dan juga untuk diri sendiri lagi maka Uj tangguhkan dulu untuk membuat kuih raya....heeeee  sibuk sesangat rasanya ni...Bak kata orang kalau sanggap nak tutup mulut pun tak sempat..Ngeeeee  dan dirasakan   waktu terlalu cepat sangat  berlalu....Oklah  inilah menu iftar Uj untuk petang ni...








Bahannya:

1/2 kilo daging kambing
sedikit kunyit serbuk
segnggam cili api ditumbuk
2 bj bwg besar dihiris kasar
sedikit garam serta perasa ( optional)
sedikit myk utk menggoreng
sedikit air utk empukkan daging

Caranya:

1.     Bersihkan daging kambing basuh dan toskan
2.     Gaul daging tadi bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.Ketepikan
3.     Panaskan myk .Goreng daging tadi sehingga empuk.Boleh jer tambah sedikit air utk
        empukkan daging tadi.
4.     Bila daging dah empuk.Angkat.
5.     Dengan myk yang berbaki addkan cili api tumbuk tadi.Goreng sehingga cili masak.
6.     Addkan sedikit garam dan perasa.Addkan Bwg bwg hiris  serta daging tadi dan kacau sehingga
        rata.
7.     Bila semua bahan dah serata tutup api dan angkat.






No comments:

Post a Comment