mytasteindonesia.com

Monday, 9 September 2013

ASAM PEDAS IKAN PARI LADA HITAM








Assalamualaikum...salam isnin buat semua teman-teman ..Menu Uj ringkas jer untuk tengahari ni iaitu asam pedas ikan pari.Asam pedas ikan pari ni  memang menjadi menu kegemaran Uj sekeluarga.Sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar.Kena pulak dengan cuaca yang sentiasa mendung ni.Hirup kuah asam pedas yang masih panas ni perlahan-lahan....memang tak nampak orang yang lalu dibelakang.....


Bahannnya...

6 potong ikan pari

Bahan kisar halus:

5 ulas bwg kecil*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
 sedikit belacan*
segenggam cili kering*
beberapa tangkai daun kesom ambil daunnya*
1 kuntum bunga kantan*
sedikit kunyit hidup*

Bahan tambahan:

2 btg serai diketuk
sedikit air perahan asam jawa
beberapa tangkai daun kesom
sedikit  garam serta perasa (optional)
sedikit halba dan biji sawi
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
7 biji kacang bendi
2 mangkuk air
sedikit myk utk menumis







Cara:

1.    Bersihkan ikan pari yang telah dipotongdan gaulkan dgn sedikit air perahan limau kasturi.
       Biarkan sebentar dan kemudian dibasuh dan ditoskan
2.    Add myk dalam periuk.Bila myk dah panas addkan biji sawi ,serai ketuk serta halba
3.    Addkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.Bila dah pecah minyak addkn air
       perahan asam jawa.Kacau rata.
4.    Addkan ikan gaul rata dan biarkan ikan masak bersama bahan tumis.Tutup periuk.
5.    Bila ikan dah mesra bersama bahan tumis addkan air dan kacau ikan perlahan-lahan.
6.    Biarkan kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mereneh addkan garam, lada hitam tumbuk serta
       perasa.kacau perlahan.
7.    Akhir sekali addkan kacang bendi serta daun keson.Kacau rata dan angkat.














1 comment: