mytasteindonesia.com

Thursday, 12 September 2013

AYAM LEMAK PEDAS CILI API













 Assalamualaikum...salam jumaat dan salam penghulu segala hari.Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk Uj bernafas di bumi Allah ini...dan Alhamdulillah juga diatas setiap reseki serta rahmat yang Allah berikan.Menu Uj untuk tengahari ni  iaitu lemak pedas ciliapi.Resepi orang nesembilan sejati ni.Kalau dapat ayam kampung lagi umphh..Tapi disebabkan ayam kampung susah nak dapat dibandar ni..makanya masak ajelah ayam bandar...ngeh..ngeh...Uj kalau masak ayam lemak ciliapi ni Uj suka wat pedas-pedas sikit..sebabnya nak hilangkan bau hanyir ayam ni.Maklumlah resepi ni kami tak menggunakan sebarang asam.Sebabnya kami nak kan rasa manis ayam ni.Lebihkan sekali  halianya..kuahnya mestilah pokat dan segala bahannya ditumbuk... itu pesan mak Uj .Kalau diblend kurang lah umphnya...Tapi bagi yang nak cepat seperti kita ni..." ada aku kisah"...kita blend jerlah kan..Hishhh melawan cakap orang tua-tua...Sebab itulah setiap kali bila balik  kampung jer nak sangat airtangan emak yang masak semuanya.....







Bahannya:

1 ekor ayam dibersihkan
3 ulas bwg merah*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
seganggam ciliapi* (ikut tahap kepedasan yang diingini)
santan dari sebiji kelapa ( kalau kelapa tu kecil bole buat 2 biji)
3 tangkai serai diketuk sedikit.
sedikit garam


Cara:

1.     Ayam diperap dgn sedikit tepung dan jus limau kasturi.Basuh bersih,bilas dan toskan.
2.     Tumbuk bahan bertanda  * sehingga lumat.
3.     Add ayam yang telah dibersihkan kedalam periuk.Satukan sekali dengan bahan tumbuk serta
        serai.
4.     Gaul sebati ayam dengan bahan tumbuk tadi.Addkan juga sedikit garam.
5.     Addkan santan kedalam periuk.kacau rata  dan masak dgn api yang sederhana sehingga
        kuah mendidih.
6.     Bila dah mendidih addkan sedikit garam lagi.Biarkan kuah mereneh seketika.
7.     Bila kuah dah agak memekat tutup api dan sedia untuk dihidangkan.














   Jemput makan.....



No comments:

Post a Comment