mytasteindonesia.com

Tuesday, 10 September 2013

KANGKUNG GORENG BELACAN SECUITRASA








Assalamualaikum...kangkung goreng belacan adalah menu Uj untuk makan malam kami sekeluarga arini.Alhamdulillah diatas rezeki yang telah diberi Allah .Walaupun menu yang simple bertambah-tambah jugak kami makan.Kangkung goreng belacan ni Uj gandingkan dengan ikan masin tenggiri jeruk dan sambal ikan bilis petai...simple jerkan...




Bahan:

1 ikat kangkung dipotong dan dicuci bersih
1 bj bwg besar*
3 ulas bwg putih*
2 tangkai cili merah*
15 bj cili api*
segenggam ikan bilis*
sedikit belacan*
1 bj limau kasturi.Ambil airnya.
sedikit myk utk menumis
garam dan sedikit perasa(optional)


Cara:

1.    Kisar kesemua bahan bertanda.Jangan sampai lumat.Ketepikan.
2.    Panaskan myk.Goreng bahan kisar sehingga pecah myk.
3.    Addkan garam serta perasa.Kacau rata.
4.    Addkan kangkung.Kacau cepat-cepat.Bila kesemua bahan telah digaul rata tutup api.
5.    Perahkan sedikit air perahan asam limau kasturi.Kaub balik dan angkat.
6.    Sedia untuk dihidangkan.    









No comments:

Post a Comment