mytasteindonesia.com

Monday, 9 September 2013

MEE GORENG RINGKAS SECUITRASA



    



Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman.Gara-gara nak menghabiskan stok mee yang masih lagi berada didalam simpanan tengahari ni Uj makan mee goreng jer.Sambil goreng tu terpandang pulak piring jiran sebelah yang masih lagi berada lagi didalam koleksi Uj.Apalagi bagilah sepiring mee goreng panas kat jiran sebelah...kata orang orang berbudi kita berbahasa...tak gituwww









Bahan-bahan:

1 paket mee kuning
1 bj bwg besar*
3 ulas bwg putih*
sedikit cili kering*
1 ulas kiub ikan bilis maggie
1 ketul dada ayam dihiris dibasuh dan ditoskan
1 peket fish ball goreng dipotong 4
2 sdu bsr sos cili (Uj guna jenama life)
2 sdu bsr sos tiram (Uj guna jenama Adabi)
2 genggam taugeh
sedikit myk utk menggoreng
sedikit garam serta perasa( optional)

Cara:

1.      Kisar bahan bertanda.
2.      Panaskan myk.Add bahan kisar kedalam kuali.Tumis sehingga naik bau.
3.      Addkan sos cili,kiub ayam serta sos tiram.Kacau sehingga semua bahan mesra.
4.      Addkan ayam,fish ball goreng ,garam serta perasa.kacau lagi.
5.      Addkan mee kuning.Kacau serata dan akhir sekali addkan taugeh.
6.      Kacau rata kesemua bahan dan angkat.



    Sedap dimakan panas......








No comments:

Post a Comment