mytasteindonesia.com

Saturday, 7 September 2013

ROJAK BUAH @ KUAH PETIS SECUITRASA







Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman Uj.Alhamdulilah  Tuhan masih lagi memanjangkan  usia Uj untuk Uj bernafas di bumiNya ini.Dah bersawang-sawang rasanya dapur Uj ni.Lama gak  Uj tak menjenguk didapur Uj ni.Disebabkan kesibukan yang teramat sgt maka lama jugaklah dapur Uj terbiar.Oklah untuk N3 Uj selepas raya ni ialah rojak buah atau sebenarnya Uj nak kongsikan resepi kuah petis.Rojak petis ni dah selalu gak Uj buat ...Resepi turun temurun dari keluarga Uj. Cuma terlupa jer nak dikongsikan bersama. Uj buat rojak buah ni untuk dihidangkan sempena jamuan hariraya ditaman Uj...Alhamdulillah ramai yang menyukainya.Bagi sesiapa yang berminat bole la mencubanya ya.Kuah petis ni sesuai juga dijadikan  kuah tauhu bakar.Untuk sukatannya memang sengaja Uj buat banyak, sebabnya kuah ni bole disimpan lama didalam peti sejuk.Selalunya kalau Uj buat  kuah rojak petis ni lebihannya Uj bagikan jer kt kawan-kawan atau adik beradik yang datang bertandang ke rumah Uj..Mereka hanya membeli buah-buahan jer untuk dicampurkan kedalam kuah petis ni..dan  taburkan  kacang tumbuk serta bijan panggang...







Bahannya: ( Resepi untuk 2 bekas eskerim 1.5 liter-sebenarnya x banyak mana pun)
Sumber : Umiejazz @ secuitrasa

Bahan ubtuk kuah:

600 g gula merah dimasak dgn 2 cwn air.
400 g gula pasir
1 cwn cili kering dikisar halus
1 botol kicap pekat tamin ( 330 ml)
1 botol cili sos (340g) - Uj guna jenama life
1 botol otak udang  (240g)  - Uj guna jenama nuri
1/2 keping belacan dihancurkan dgn sedikit air
4 cwn air sejuk.



Cara:


1.   Masak gula merah dgn 2 cwn air.Bila dah mendidih tapis.
2.   Satukan kesemua bahan kedalam periuk.kacau rata.
3.   Masak sehingga kuah memekat.Bila dah memekat tutup api.
4.   Sejukan kuah dan simpanlah kuah didalam bekas yang bertutup.Simpan didalam peti sejuk







Bahan sampingan untuk membuat rojak buah

 sengkuang
 timun
 jambu batu
 apple hijau @ buah magga muda
 nenas
 kangkung dicelur sedikit( jika suka)
 kacang tumbuk (kacang yang digoreng tanpa myk.Buang kulitnya dan ditumbuk sedikit)
 bijan panggang ( bijan yang digoreng tanpa myk )


Cara:

    Satukan kesemua bahan.....dan bolelah dihidangkan....













4 comments:

  1. Salam Uj. Saya Aishah, dari Nuri Enterprises, pengeluar produk masakan jenama "NURI". Gembira hati baca blog Uj sebab pilih otak udang Nuri dalam resipi Uj. Boleh saya mohon share post ni utk post di page kami? Will credit your blog. And kalau ada komen balas utk review kualiti produk kita juga amat dialu-alukan. Terima kasih. =D

    Mohon like page Facebook - Nuri Enterprises:
    https://www.facebook.com/pages/Nuri-Enterprises/122299117855103

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Puan Aishah..tkasih krn sudi jenguk2 ke blog saya...silakanlah..berkongsi yer...Uj amat berbesar hati diatas perkongsian ini...tkasih kepada Puan Aishah dari Nuri Enterprise....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. En.Jalil bole laaa suh org rumah mencubanya yer....

      Delete