mytasteindonesia.com

Saturday, 26 October 2013

ASAM PEDAS BERKERISIK







Assalamualaikum...masih lagi dengan menu yang simple untuk tengahari ni..Alhamdulillah diatas rezeki yang telah diberikan Allah kepada kami sekeluarga.Dengan cuaca yang mendung dan angin yang sepoi-sepoi bahasa..ditambah lagi dengan menu asam pedas aroma daun kesom yang berkerisik.Alahai terasa teruja sesangat .Asam pedas ni Uj gandingkan dengan sambal belacan yang dicicah dengan daun selom dan kacang botol.kacang botol ni Uj tanam dibelakang rumah..Alhamdulillahlah dah dapat jugak Uj merasa jugak kacang botol yang ditanam sendiri .Ini buah yang sulung kata orang .Maknanya kali pertama berbuahlah tu.Segar dari ladang lagi...Alhamdulillah....Berbudi dengan tanah dapat hasilnyakan.....Ok jom tinjau asam pedas berkerisik versi Uj...






Bahannya:


7 ekor ikan kembong
Segenggam cili kering*
1 biji bawang besar*
4 ulas bwg putih*
segenggam daun kesom* (ambil daunnya saja)
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
sedikit belacan*
1 btg serai diketuk
6 tangkai daun kesom
2 sdu bsr kerisik
1/2 sdu teh halba
1/2 sdu teh biji sawi
2 sdu teh lada hitam ditumbuk
sedikit air perahan asam jawa( Uj guna pes adabi)
1 mangkuk air ( boleh tambah jika perlu)
7 biji kacang bendidipotong serong
sedikit garam dan perasa(optional)
sedikit myk utk menumis


Cara:

1.         Kisar bahan bertanda sehingga benar-benar lumat.Ketepikan.
2.         Panaskan periuk add myk.Bila myk dah panas addkan halba dan biji sawi.Kemudian addkan
            bahan kisar.Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak.Kacau selalu.
3.         Bila bahan tumisan dah terbit minyak addkan air asam jawa.Kacau rata.
4.         Addkan ikan.Kacau perlahan-lahan ikan supaya ikan tak hancur.Biar kan ikan sebati dengan
            bahan tumisan tadi.
5.         Kemudian addkan air.Kacau perlahan-lahan lagi.Biarkan kuah mereneh seketika.
6.         Bila kuah dah mereneh addkan kerisik,lada hitam tumbuk daun kesom ,garam serta perasa .
7.         Akhir sekali addkan kacang bendi yang telah dipotong serong.Biar seketika dan angkat.






                       Aroma daun kesom yang dikisar berbahan yang lain menambahkan lagi kesedapan asam pedas berkerisik ni...






No comments:

Post a Comment