mytasteindonesia.com

Friday, 25 October 2013

ASAM PEDAS SARDIN BERAROMA KARI




Assalamualaikum...salam Jumaat...salam penghulu segala hari.Menu ringkas lagi untuk tengahari ni.Kata orang lauk ikan kurunglah arini.Ni benar-benar dah kehabisan idea nak masak ape.Lama jugak lah merenung barangan yang masih lagi berbaki didalam almari simpanan sambil dalam kepala ni ligat bertanya..nak masak ape....nak masak ape....Lama kelamaan mata tertumpu kat sardin dalam tin yang masih tersimpan.Emmm nampaknya masak lauk sardinlah  tengahari ni.Terlintas plak dah lama gak Uj tak masak asam pedas.Maka dengan itu terciptalah asam pedas sardin aroma kari di tengahari Jemaat ni.Sesuai dimakan bersama nasi panas dan dengan kuah yang banyak...hirup-hirup..waduhhh





BAHANNYA:


Bahan tumis: ( bahan A)

1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga ( diketuk sedikit)

1 tin sardin
20 ulas cili api ( Uj guna cili api merah siam tu)*
5 ulas bwg merah*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
sedikit air perahan asam jawa ( Uj guna pes asam jawa adabi )
4 tangkai daun kari
7 biji kacang bendi dipotong serong
1 mangkuk air
Sedikit myk utk menumis
Sedikit garam serta perasa ( optional)


CARA:



1.    Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat ( klu malas bole jer dikisar)
2.    Panaskan periuk.Add bhn tumis ( bahan A)
3.    Add bahan tumbuk sehingga naik bau.Addkan sekali daun kari.Biar semua bahan tumisan
       naik bau.Kacau rata serta bahan tumisan terbit myk.
4.    Bila bhn tumisan dh naik bau dan terbit myk addkan air perahan asam jawa.Kacau rata .
5.    Addkan ikan sardin berserta sos sekali.Gaul sebati dan tuangkan air.Kacau perlahan-lahan
       agar sardin tadi tidak hancur.Biarkan kuah mereneh seketika.
6.    Bila kuah dah mereneh addkan garam serta perasa.kacau rata.
7.    Akhir sekali addkn kacang bendi.Biarkan seketika dan tutup api.Bolehlah dihidangkan.







    Uj kalau makan asam pedas suka letak kuahnya bebanyak..macam makan mee sup....hirup kuahnya...




No comments:

Post a Comment