mytasteindonesia.com

Wednesday, 23 October 2013

AYAM GORENG PEDAS SECUITRASA










Assalamualaikum...salam khamis buat semua teman-teman.Selamat berpuasa pula buat teman-teman yang berpuasa sunat khamis arini...Pertamanya Uj bersyukur kehadrat Ilahi kerana Uj masih lagi diberi kesempatan untuk mengirup udara segar dihari ini.Masih lagi dengan menu yang ringkas untuk tengahari ni..Uj buat sambal ayam jer...Ayam tu Uj goreng dan dicampurkan dengan ciliapi yang ditumbuk....Sedap dimakan dengan nasi panas.Lauk sampingan pula ikan tenggiri jeruk digoreng dan dibungkus dengan daun kunyit.Untuk sayurnya pula Uj masak kacang bendi rebus asam.Siap..ringkas jer ....Alhamdulillah untuk rezeki hari ini...









Bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong kecil(dibasuh dan dibersihkan)
Segenggam cili api ditumbuk( ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 biji bwg besar dihiris kasar
Sedikit garam dan persa @ gula
Minyak untuk menggoreng


Cara:


1.       Panaskan kuali.Goreng ayam sehingga garing.Angkat.
2.       Kurang kan sedikit myk dari gorengan ayam tadi.Addkan cili tumbuk.Masak sehingga cili
          sedikit garing dan benar-benar masak.Addkan juga garam serta perasa@ gula.
3.       Bila cili dah sedikit garing  addkan ayam yang telah digoreng tadi berserta berserta bawang
          besar yang telah dihiris tadi.Gaul rata semua bahan.
4.       Bila semua bahan dah mesra tutup api dan angkat.













     Uj makan dgn menu sampingan ikan tenggiri jeruk goreng dgn daun kunyit dan asam rebus bendi.
     Alhamdulillah....







No comments:

Post a Comment