mytasteindonesia.com

Saturday, 26 October 2013

EASY CHOCOLATE SOUFFLE WITH CHOCOLATE SAUSE

    








 Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua teman-teman.Sebut tentang souffle tentu ramai yang terbayang sebiji kek yang amat lembut strukturnya tinggi dan gebu bila dibakar dan mudah jatuh  "Collapse"  jika lambat nak dihidangkan.Dengan kata lain kek ni perlu dimakan segera dan panas-panas.Tapi dari segi rasanya mmg "heaven " kata orang putih dan dalam erti kata lain dalam bahasa kita  "yaa amat sedap".Kali ni Uj nak kongsikan satu resepi souffle..bukannya cheese cake tapi chocolate souffle.Sesuai dimakan dengan sos coklat.Seperti biasa jugalah selalunya resepi-resepi kek ni Uj Google jer dari internet atau dari Youtube.Uj ni bukanlah pakar dalam membuat kek apatah lagi dalam mencipta resepi kek.Cuma kadangkala Uj olah bahan-bahan yang ada mengikut kesesuaian bahan yang tersimpan didalam simpanan. Juga tidak mengurangkan sukatan timbangan bahan-bahan yang penting...Tu jer...contohnya..kalau tak der tepung naik sendiri..Uj gunakan tepung gandum yang diayak dengan 1 sdu teh baking powder  ataupun kalau terlalu banyak sukatan gulanya..Uj kurangkan sedikit mengikut kesesuaian UJ.. ataupun kalau takder susu segar boleh jer digantikan dengan susu cair..itu jer




       Tapi kali ni Alhamdulillah Uj teruja sangat kiranya resepi yang Uj cuba buat pertama kalinya menjadi...Terima kasih Uj ucapkan kepada penyumbang resepi chocolate souffle ni..EUGENIE KITCHEN dengan resepi yang amat ringkas senang pembuatannya dan setentunya menjadi.....Caranya..layari  tenguk dengan teliti cara-caranya didalam youtube dan ikut seperti apa yang ditunjukan...Ok selamat mencuba bagi sesiapa yang ingin mencuba...memang sedap...sesuai dimakan dengan sos coklat....






Resepi: EASY CHOCOLATE SOUFFLE
Sumber : Youtube - EUGENIE KITHCEN

 Bahannya:

1 sdu bsr mentega
1 sdu bsr tepung serba guna
1/3 cwn susu ( Uj guna UHT whipping cream)
11/2 oz semi sweet choklat
2 biji telur ( asingkan kuning dan putihnya)
1 sdu teh esen vanila
2 sdu bsr gula kastor
sedikit metega dan sedikit gula kstor utk disapukan kedlm  remekin.


Cara:

1.     Pnaskan oven 180 degree ( mengikut kesesuaian oven masing2).
2.     Sapu remekin dgn sedikit mentega.Addkan sedikit gula kastor disekeling remekin sehingga
        ketepi remekin.Ketepikan.
3.     Panaskan periuk addkan mentega.Bila mentega dah cair addkan tepung.Kacau sehingga
        rata dan tak berbintil.
4.     Tuangkan susu (UHT whipping cream).Kacau rata sehingga bahan memekat.
5.     Bila dah memekat addkan semisweet coklat.Kacau rata sehingga aduanan menjadi pekat.
6.     Addkan kuning telur serta esen vanila.Kacau sehingga adunan menjadi berkilat dan pekat.
        K etepikan adunan.
7.     Putar putih telur sehingga  sedikit berbuih dan addkan sedikit gula kastor.Putar lagi.Addkan baki
        gula ke dalam adunan telur putih.Putar sehingga menjadi "soft peak"
8.     Addkan 1/2 adunan telur putih kedalan adunan coklat tadi.Kacau rata.
9.     Addkan baki yang selebihnya kedalam adunan coklat dan kaub balikan perlahan-lahan.
10.   Bila adunan dah sebati addkan kedalam remekin.
11.   Sebelum membakar bersihkan bahagian tepi remekin dgn menggunakan jari utk menghindar
        kan souffle dari meleleh ketepi remekin.
12.   Hentak sedikit remekin utk mengeluarkan gelembung udara dan bakarlah selama 15 ~ 20 min.


CHOCOLATE SAUSE RECIPE
Sumber:Youtube- EUGENIE KITHCEN CHOCOLATE SAUSE RECIPE OR CHOCOLATE
                             SPREAD

4 oz semisweet coklat
1/3 cwn susu ( UJ guna UHT whipping cream)
1 sdu bsr mentega
Secubit garam
1 sdu teh esen vanila

Cara:

1.   Addkan susu kedalam periuk.
2.   Addkan butter.Kacau rata
3.   Addkan semisweet coklat.kacau rata dan sebati
4.   Addakan secubit garam dan 1  sdu teh esen vanila.kacay rata sehingga sos berkilat.


    Sedap dimakan bersama sos coklat...



    Struktur yang lembut dan cair dimulut..



Sisa yang berbaki....Tak cukup satu remekin....



 

No comments:

Post a Comment