mytasteindonesia.com

Wednesday, 30 October 2013

IKAN GORENG PEDAS BERTEMPOYAK







Assalamualaikum...salam Rabu buat semua teman.Hari ni masih lagi dengan menu yang ringkas iaitu ikan goreng pedas bertempoyak.Selalunya kalau Uj masak ikan goreng pedas bertempoyak ni Uj  lebih suka gunakan ikan kerisi atau ikan merah.Bagi Uj kedua-dua jenis ikan ini mempunyai rasanya  yang lemak dan  begitu senonim dengan rasa  tempoyak .Untuk tempoyaknya pula Uj gunakan sedikit jer.Kuantitinya lebih kurang 2 sudu besar.Sebabnya takmo lah rasa tempoyak yang terlalu banyak dan menenggelamkan rasa kedua-dua jenis  ikan tu...Apa-apa pun ikan goreng pedas bertempoyak ni merupakan salah satu menu kegemaran kami sekeluarga...Bagi yang nak mencubanya  Uj sertakan resepinya.....sedap tau....





Bahannya:

5 ekor ikan kerisi dibersihkan
Segenggem cilipadi ditunbuk( Uj guna cili padi merah Thai- Ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 biji bawang besar dihiris kasar.
2 sudu besar tempoyak dibancuh dgn sedikit air.
sedikit garam serta perasa (optional)
sedikit kunyit serbuk
minyak utntuk menumis

   Caranya:


1.   Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.Ketepikan.
2.   Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga garing.Angkat.
3.   Dengan minyak yang masih berbaki addkan cili api tumbuk.Goreng sehingga sedikit garing dan
      masak.
4.   Addkan tempoyak dan kacau rata sehingga semua bahan mesra dan sebati.
5.   Addkan garam serta perasa.
6.   Addkan bawang besar hiris.
7.   Akhir sekali addkan ikan .Gaul rata ikan bersama sambal.Kacau rata dan angkat.





Ikan kerisi bole jer digantikan dengan ikan merah.Sesuai dimakan panas bersama nasi panas..
Sedap tau....
                    






No comments:

Post a Comment