mytasteindonesia.com

Friday, 25 October 2013

IKAN MASIN TENGGIRI JERUK GORENG DAUN KUNYIT









Assalamulaikum...menu ringkas namun menambat selera.Malam ni takder pun menu taraf lima bintang.Hanya  tiga  bahan jer iaitu nasi panas,telur goreng mata curah kicap manis dan ikan masin tenggiri jeruk berdaun kunyit.Bertambah-tambah kami makan.Memang takder pulak yang cerewet dengan menu yang telah Uj sediakan...Tapi awass jangan makan selalu...bagi mereka yang mengidap darah tinggi.....





Bahannya:

1 potong ikan masin tenggiri jeruk dibersihkan
6 ulas cili apidiketuk ( Uj guna cili api merah thai)
1 1/2 biji bawang besar dihiris kasar
1 biji limau kasturi diambil airnya
1 helai daun kunyit diracik kasar ( tapi Uj biarkan jer sehelai)
sedikit myk utk menggoreng


Cara:

1.      Panaskan kuali.Add myk.
2.      Bila myk dah panas addkan ikan masin.Goreng sehingga garing.Angkat.
3.      Dengan myk yang berbaki addkan cili api ketuk.Kacau cepat-cepat addkan pula bwg besar
         hiris.kacau cepat-cepat.
4.      Addkan ikan masin dan taburkan daun kunyit.Tutup api.
5.      Angkat dan letakan didalam piring.Perahkan air limau kasturi diatas ikan masin.Siap..








No comments:

Post a Comment