mytasteindonesia.com

Thursday, 3 October 2013

KAMBING PANGGANG BERSOS BBQ











Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua teman.Selamat berpuasa kepada rakan-rakan Uj yang berpuasa sunat khamis harini.Alhamdulillah kerana Tuhan masih lagi mengizinkan Uj untuk bernafas dan menghirup udara segar dibuminya ini.Ni menu Uj untuk malam tadi...kambing panggang bersos BBQ.Kambing ni Uj beli kt pasaraya jer camtu gaklah dengan sosnya.Sosnya sos BBQ dan sos lada hitam yang ader duk jual kt pasaraya tu...Senang crite..Pastu Uj gunakan kuali leper dan terus panggang atas dapur...bagi hitam-hitam sikit..Kambing panggang ni Uj gandingkan ngan sos kentang putar dan dengan kentang lecek skali....







Bhnnya..

4 keping daging kambing ( lamb) yg telah dipotong ( bole dibeli di pasaraya)
3/4 cwn sos barbeque oriental jenama life*
1/4 cwn sos lada hitam jenama life*
1 sudu besar serbuk oregano*
2 sudu bsr myk masak atau mentega

Cara:

1.  Perap daging kambing bersama bhn yg bertanda* selama 4 jam.
2.  Panaskan kuali leper.
3.  Addkan sedikit mentega dan panggang kambing sehingga masak.Balik-balikan daging kambing.
4.  Bila dah masak bolelah diangkat dan dihidangkan.






Bhn kentang putar:

5 biji kentang sederhana besar( dibuang kulit dan dibelah 4)
60 g mentega
1/2 cwn susu segar
5 cwn air
sedikit garam serta serbuk lada hitam

Cara:

1. Rebus kentang dgn air.Bila kentang dah empuk tutup api dan toskan.
2. Bila kentang sudah ditoskan addkan mentega,garam,serbuk lada hitam serta susu segar.Lecek  
    kentang sehingga hancur.ketepikan.


Bhn sos:

650 ml air
1 biji kiub ayam
1 biji bwg bsr bombay( bwg bsr biasa pun bole)
20 g tepung gandum
40 g mentega
1 sudu bsr sos tomato
1 sudu bsr sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat (utk menghitamkan kuah)
sedikit garam


Cara:

1.  Panaskan kuali.add mentega.bila mentega dah cair addkan bawang.kacau sehingga bwg layu dan
     naik bau.
2.  Bila bwg dah layu add tepung gandum,kacau rata supaya x bergentel.add air..kacau lagi sehingga
     mereneh sedikit.
3. Bila kuah dh merenah addkan stok ayam.Kacau rata dan addkan juga sos tomato serta sos
    tiram kacau  lagi sehingga sebati.Kemudian addkan kicap pekat beberapa titik kacau rata
    seimbangkan warna yang dikehendaki.Kacaurata 
4. Bila kuah dh agak memekat addkan serbuk lada hitam serta garam.Kacau rata tutup api
5. Bolelah dihidangkan bersama kentang putar tadi



 
   Cubalah......










No comments:

Post a Comment