mytasteindonesia.com

Monday, 21 October 2013

KARI IKAN TUNA











Assalamualaikum...salam hormat buat semua teman-teman.Arini Uj nak kongsikan satu resepi kari.Rasanya ramai yang tau masak karikan..tapi tak pelah..lain orang lain caranya.Kali ni Uj masak kari ikan tuna.Ikan tuna ni sama spesis dengan ikan tongkol atau ade setempat tu panggil ikan kayu.Tapikan daging ikan tuna ni lembut sikit dari ikan tongkol.Kalau nak tau perbezaan diantara ikan tuna dengan ikan tongkol ialah ikan tuna ni mempunyai sirip yang panjang sikit manakala  ikan tongkol lak mempunyai sirip yang pendek. Tu jer..yang lain semuanya sama.Tang segi rasanya pun  lebihkurang sama gaklah.Tapi Uj lebih suka rasa ikan tongkol dari ikan tuna.Sebabnya ikan tongkol ader lebih rasa "umpphh  ketongkolannya" walaupun dagingnya keras sedikit.Tapi disebabkan Encik husband dah  TERRRRbeli...maka masak jerlah...takkan nak dipulangkan kat pasar balik hehe..











Bahan:

1 ekor ikan tuna dipotong dan dibersihkan
1 biji bwg besar dihiris*
5 ulas bwg putih diketuk dan dihiris*
1/2 sdu teh halba*
1/2 sdu teh bji sawi*
5 tangkai daun kari*
sedikit kunyit serbuk *
1 peket kecil rempah kari ikan babas
1 peket kecil rempah kari daging babas
sedikit air asam jawa
21/2  cwn santan
sedikit garam dan perasa @ gula (optional)
7 tangkai kacang bendi
sedikit myk utk menumis


Cara:

1.       Panaskan periuk. Addkan bhn yang bertanda*.Masak sehingga naik bau.
2.       Bila bahan tumis dah naik bau addkan rempah kari daging dan rmpah kari ikan.Kacau rata.
3.       Biarkan semua bahan tumisan naik myk.Addkan air asam jawa.Kacau rata lagi.
4.       Bila rempah tumisan dah terbit myk addkan ikan.Gaul rata dan perlahan.Biar rempah
          meresap bersama ikan.
5.       Bila bahan rempah dan serata bersama ikan addkan santan dan kacau perlahan-lahan.
6.       Biar santan mendidih dan kuah kari memekat.
7.       Bila kuah dah memekat addkan garam  dan perasa(optional).
8.       Addkan kacang bendi.Kacau rata dan angkat.
9.       Sedia utk dihidangkan.





   Uj kalau dah masak kari ikan tuna @ tongkol suka pekat-pekat kuahnya pastu  kompom kena buat lempeng bodo atau cekodok kosong....Itu permintaan wajib Encik husband...






No comments:

Post a Comment