mytasteindonesia.com

Sunday, 13 October 2013

KEPAK AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGER











Assalamualaikum..adoiiyaiii puas gak nak mengibas-ngibas sawang-sawang yang telah bersarang kat dapur Uj ni...hehe..Entah kenapa lah pulak malas bebenor nak menghapdet resepi semenjak dua menjak ni.Ditambahlah lagi dgn line tenet yang tenat sesangat dan slow giller ni.Uj rasa laju ler lagi siput berjalan dari line tenet ni..grrrrrrr..kalau line dah tenat ni selalunya Uj suka  gi lawat blog rerakan jer...Harini entah kenapa  terajin pulak nak pos resepi.Sebenarnya resepi dah lama berkurun duk dalam folder.Resepi ni Uj intai dari dapur Ct Delima. Ct wat sekor ayam.Uj wat kepak jer sebabnya rakyat dalam rumah Uj ni lebih suka makan kepak.kalau dibuat seko kang alamatnya terbio jelah daging-daging ayam tu dalam pinggan.....Terima kasih Ct diatas resepi yang sedap ni. Kepak ayam KR ni sedap dimakan bersama sos lada hitam.Tapi Uj tak buat, sebabnya Encik hubby suka makan dgn cili sos jer..maka dgn itu Uj skip buat sos lada hitam tu.Tapi bagi mereka yang suka bolelah mencubanya.Uj sertakan resepinya sekali.Oklah jom cuci mata....







Resepi: Kepak ayam panggang ala kenny Roger
Sumber resepi: Ct Delima


Bahannya:

8 ketul kepak ayam dibersihkan.
 
( Bahan A)Bahan yang di kisar dengan sedikit air:

3 bj bwg besar
4 ulas bwg putih 1 inci halia
3 sdu bsr sos lada hitam ( uj guna jenama life)
1 adi bsr lada hitam tumbuk
2 sdu bsr madu
1 ketul kiub ayam
2 sdu bsr gula ( Uj guna gula perang)
2 sdu bsr herba campuran ( ketumbar ,jintan pitih,jintan manis)
1/2 sdu teh garam halus
11/2 sdu bsr cili kering kisar ( Uj tambah nak bgi pedas sikit)
sedikit mentega ( Uj guna margerine)


Cara:( Panaskan oven 200 degree)bole gak panggang atas bara.

1.      Kisar semua bahan A dgn sedikit air dan perap bersama kepak ayam.Perap selama 3 jam.
2.      Letakan mentega pada kepak ayam tadi dan bakar selama 45 minit @ sehingga masak.
3.      Semasa  memanggang sapukan @ titiskan rempah dan myk yang menitis.  ( Uj buka pintu
         oven dan titiskan sesekali myk yg menitis ditakungan  diatas kepak ayam)







Untuk sos lada hitam ( Resepi hana)
Sumber : Ct Delima 


Bahannya:


1/2 cwn stok ayam ( air dicampurkan dgn 1 ketul kiub ayam@ daging)
1/2 cwn susu segar
4~ 5 sdu bsr serbuk lada hitam
1/2 bj bwg bsr dicinciang
2 sdu bsr kicap manis
1 sdu bsr sos tiram
1 sdu bsr mentega
1/2 ton cendawan butang didadu @ hiris
2 sdu bsr tepung gandum
sedikit garam dan gula


Cara:


1.   Panaskan periuk.Add mentega .Bila mentega dah cair addkan bwg bsr yg tlh dicincang.
2.   Bila bwg bsr dah layu addkan tepung.Kacau sebati supaya tdk berbintil.Addkan stok ayam serta
      susu segar tadi.
3.   Bila kuah dah mendidih addkan sos tiram dan kicap manis.Kacau rata.
4.   Kemudian addkan cendawan butang, serbuk lada hitam garam serta gula.
5.   Biarkan kuah memekat.Bila dah memekat bole lah dihidangkan....






No comments:

Post a Comment