mytasteindonesia.com

Monday, 21 October 2013

LEMAK PEDAS CENCARU DENGAN PERIA






Assalamualaikum...Alhamdulillah diatas kurniaan rezeki dan rahmat yang telah diberi Allah untuk Uj sekeluarga.Dengan doa juga Uj pohonkan kehadrat Ilahi agar semua rakan-rakan Uj juga beroleh kebahagian dan limpahan rezeki hendaknya...amin.Ok beralih ke menu tengahari Uj arini iaitu lemak pedas cencaru dengan peria.Cepat dan ringkas jer. Untuk sayurnya pula Uj masak pucuk paku goreng belacan  yang dimakan panas-panas.Tak banyak pun lauknya dan tak penuh pun meja kami...namun Alhamdulillah.....Rezeki untuk kami sekeluarga....






Bahannya:

3 ekor ikan cencaru (dibuang jaket dibersihkan dipotong ke 3 bahagian ).
segnggam ciliapi ( ikut kepedasan yang dikehendaki )*
1 inci kunyit hidup *
santan dari sebiji kelapa
3 biji peria dibersihkan dan dipotong 2
3 keping asam keping
sedikit garam

Cara:

1.      Tumbuk bahan yang bertanda* ( cili api dan kunyit)
2.      Addkan ikan yang telah dibersihkan kedalam periuk.Gaul rata bahan yang telah ditumbuk
         bersama ikan.
3.      Addkan asam keping dan sedikit garam.Serta sayur peria tadi.
4.      Addkan santan dari sebiji kelapa.Kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur.
5.      Addkan periuk diatas api yang sederhana.Masak sehingga kuah mendidih dan mula memekat.
6.      Bila kuah dah mula memekat addkan sedikit garam dan kecilkan api.
7.      Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan selama 2~3 minit.
8.      Tutup api dan bolehlah dihidangkan.








    Uj gandingkan dengan sayur pucuk paku goreng belacan...makan nasi panas-panas.....




No comments:

Post a Comment