Tuesday, 1 October 2013
SNOW CHEESE CAKE...YUMMY HABISS
Assalamualaikum...kali ni Uj nk kongsi satu resepi kek yang dah lama gak Uj duk intai...puas gak urut dada dan pujuk ati ni...sabo-sabo yer....bile ade barang nanti kita bole buat...Tambah parah lagi ramai rakan -rakan blogger masakan duk tayang...lagilah pulak ader statement yang mengatakan kek ni yummy habiss..hishh..
Oleh kerana nak sangat merasa akan kesedapan kek ni seperti yang telah dinyatakan oleh kesemuanya maka dengan semangat yang teruja dan membara lajulah kaki ni melangkah kekedai bakery yang berhampiran untuk mencari bahan-bahannya.Makanya bila digodek bahannya..dibako dihias, dipotong dan dimakan...keputusannya...memang ngetop gilloslah. Tak caya ke???.Ok bagi sesiapa yang ade kerajinan cubalah....
SNOW CHEESE CAKE
Sumber asal : Sheery Mz MyResepi
Sumber : Rahel blogspot
Sumber: CT delima...Knor secubit garam
Bahannya:
100 g tepung hongkong/self rising @ tepung gandum*
60g tepung jagung*
1 sdu teh baking powder*
secubit garam*( Uj tambah)
100 g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50g air dari petisejuk
2 sdu bsr ovallete
75 g mentega yang telah dicairkan
1 sdu teh esen vanila ( Uj tambah)
# kalau guna self rising flour tak perlu addknan baking powder.
Untuk cheese cream
250 g cream cheese
setengah tin susu pekat manis
50g whipping cream ( Uj tambah)
Cara: Satukan semua bahan dan putar sehingga gebu dan sebati
Untuk taburan diatas kek
250 g chaddar cheese diparut
Cara:
1. Panaskan oven 160 degree.Sapu loyang dgn sedikit mentega dan sadurkan dgn sedikit tepung
atau dgn kertas myk..
2. Ayak bahan bertanda.satukan semua bahan kecuali mentega cair.
3. Putar dgn kelajuan yang sederhana sehingga adunan benar2 gebu ,pekat dan likat.
4. Addkan mentega cair dan putar lagi sebati.
5. Addkan aduanan kedalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak dgn
suhu 160 @ mengikut oven masing2.
6. Bila dah kek dah masak sejukkan terlebih dahulu.
7. Bila dah sejuk potong 2 kek.Sapukan cream cream sehingga rata dan tindankan dengan kek
yang satu lagi
8. Salut kesemua kek dengan cheese cream tadi dan taburkan lah dengan parutan keju cheddar
ke seluruhan kek
Yummy....
Labels:
kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment