mytasteindonesia.com

Saturday, 30 November 2013

APAM MENTEGA









Assalamualaikum..
Uj suka sangat kuih ni.Pernah makan kuih ni masa kecik-kecik dulu.Tapi tak tau pulak nama kuih ni.Kitorang pangge dulu kuih ni , kek kukus gula hangus.Kalau kek yang bersarang tu, kita orang pangge dulu kek sarang semut.Tak taulah betul ke tidak.Kek yang bersarang tu Uj tak berapa suka sangat.Uj suka kuih yang ini.Selalu dapat rasa kek gula hangus ni, bila kawan mak( makcik sebelah rumah) isi piring yang dibalas balik.Dengar makcik tu cakap dengan mak, kalau nak buat kuih ni, gula  tu kena dihangus dulu.Masa dulu mak tak pernah pun buat kuih ni.Mungkin mak tak berapa rajin kot nak membuatnya.Tapi Uj suka sangat makan kuih ni.Selalu makcik tu yang beri.Mak  Uj dulu,kalau buat pun kuih,suka buat kuih yang senang-senang jer.Maklum lah anak ramaikan..sibuk ya amatkan nak melayan karenah anak-anak yang berbagai ragam .Agaknya nak menghanguskan gula tu yang mak rasa malas sikit kot.Masa tu Uj bodooo lagilah tercenggang-cengganglah bila makcik tu kata gula tu kena dihanguskan dulu ..tak tau apa makna gula hangus tu..Pastu makcik tu cakap lagi, kuih ni dikukus takyah dibakar bagai..OOo ye ke cenggitu ....ek...!!.Setau Uj  dulu tak ada pun kek yang kena kukus.Selalunya semua kek dibakar jer.Yelah masa tu masih kanak-kanak riang lagi,cuma tau makan jer..Kalau makcik tu bagi kuih ni,Ujlah orang yang paling suka sekali sebabnya, kuih ni  sedap






       Tapi bila dah nak senja dan gigi dah nak mula berterabur, uban pun dah mula nak interframe ..baru tau nama kuih ni apam mentega namanya...Aduhhh jakunis sekejap...Asalnya pernah makan dirumah seorang kawan....lama jugak pendam nak carik resepi.Tetiba sambil duduk-duduk tenguk album lama masa kecik dulu, terpandang makcik yang selalu bagi kuih tu.Uj cuba lah google resepi...haa dah dapat dah...jumpa kat MyResepi.Intai gak didapur kawan-kawan ramai yang dah membuatnya...makanya Uj guna sumber dari dapur Hasue.Teruja sangat.Uj beli barang dan buat.Uj buat setengah adunan jer.Penggunaan gula kastor Uj gantikan ke gula perang dan Uj tambah kan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya....hasilnya......puas makan....tak yah tunggu orang bagi lagi dah.....







 APAM MENTEGA
Resepi n Sumber: Kak Fiza@myresipi.com
By: HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan A( Uj buat setengah adunan)
  • Bahan2 utk gula hangus:- 

  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega(Uj guna planta)

Bahan B

  • 1 cawan gula pasir (Uj guna gula perang)
  • 4 biji telur (Uj buang tali pusatnya)
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama*
  • 2 sudu teh soda bikarbonate*
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • secubit garam garam ( Uj tambah)*
 * Bahan yang diayak bersama.



Cara:

  1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.








Jom minum petang....




No comments:

Post a Comment