mytasteindonesia.com

Friday, 15 November 2013

APAM TEPUNG GANDUM PENUH NOSTALGIA







Assalamualaikum......
Kuih yang begitu nostalgia buat  Uj iaitu apam tepung gandum.Masa kecik-kecik dulu mak selalu buat.Nilah kuih yang paling senang nak buat.Masa kecik dulu tak pernah pun merasa apple crumble ker snow cheese cake bagai.Nilah kuih pemes keluarga kami.Adik beradik ramai.kalau buat tu tak cukup setalam.Maunya tiga empat talam.Kadang-kadang tak sempat nak bekfes dah abih...hehe. Bila dah masak ,berebut-rebut  kami adik beradik nak cicah dengan kelapa parut yang digaul dgn garam.Habis berterabu kelapa parut tu dek tangan yang ramai.Adakalanya mak siap jentik tangan  kami seorang demi seorang.Kadang-kadang tu tak sempat sejuk kuih apam tu kami adik beradik kerjakan.Siap cubit lagi yang masih panas dalam loyang.Sambil tiup-tiup tangan yang terasa panas dek  bahang kuih yang baru keluar dari kukusan.Dulu tak pernah pun terasa nak simpan resepinya.







Terasa nak makan  kuih apam yang penuh nostalgia ni..terus google..terjumpa resepi dari Kak Fida dari My resepi....terus masuk list...Terima kasih Kak Fida diatas resepi kuih apam  ni.Sesuai dgn citarasa Uj.Manis kuihnya pun sedang-sedang jer dan bila dimakan dgn kelapa parut yang digaul dgn garam,terasa lemak-lemak kuihnya.Uj buat setengah adunan jer dan dimasak dalam acuan lompang.Sebabnya senang nak makan dan malas nak potong-potong kuih tu kalau dimasak dalam loyang.






Sumber : kak Fida Dari MyResepi


Bahannya:


41/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula hitam(Gula perang + gula pasir)* Uj  guna gula perang.
21/2 cwn air
1 paket yis mauripan
secubit garam
kelapa parut  + sedikit garam digul rata



Cara:


1.      Sapu minyak keliling loyang.Uj guna acuan lompang.disapu myk terlebih dahulu acuan tu.
2.      Satukan yis dgn air.Ketepikan.UJ biarkan dlu yis berbuih didalam air.Gaul tepung bersama gula.
         Masukan aduanan tepung kedalam yis tdi.Kacau dgn whisk sehingga tidak berbintil-bintil.
3.      Tuang kedalam loyang yg tlh disapu myk tadi.Biar adunan naik dua kali ganda.Lebih kurang
         45 minit @ sehingga 1 jam.
4.      Sambil tu panaskan kukusan sehingga air mendidih.Kukus sehingga 40 ~ 45 minit.
5.      Bila dah benar-benar sejuk barulah dipotong.



   Kalau dimasak didalam acuan lompang.Bole dimakan panas-panas.Uj suka makan kuih apam ni panas-panas...sedap....






No comments:

Post a Comment