mytasteindonesia.com

Thursday, 7 November 2013

APPLE CRUMBLE WITH CUSTARD SAUSE








Assalamualaikum...Semalam gi beli barang dapur.Ronda-ronda nampak pulak buah apple merah kecik yang rangup tu,Uj pun beli dalam 10 biji.Pastu jenjalan lagi nampak plak buah pear.Hish cantik-cantik plak buahnya..bungkus lagi..Tak sedar diri pulak bila membeli.Sebenarnya nak gi beli tepung dan bawang jer...abihkan semua nampak benda, semua nak beli.Hish cepat-cepat bayar dan terus kuar.






Sampai rumah bila nak susun barang, terfikir plak nak buat ape lah beli bebanyak buah ni.Lepas tu cam rasa nyesal pun ader.Rasa cam membazir jer pulakkan.Buah bukannya bole disimpan lama pun.Kalau beli sikit jer tadi ok gak. Masa nak beli tadi tak sedar diri pulak.Pikir punya pikir, last-last terlintas nak buat Apple Crumble.....Google carik resepi.Jumpa resepi dari dapur kak Ann disini .Nampak sedap jer apple crumble kak Ann tu.UJ pun sediakan bahan dan terus buat.Bahan pun berdasarkan bahan yang ader didalam simpanan Uj jer.Apple crumble ni bertambah sedap bila dimakan bersama sos kastad nya..Dah  dua kali dah, Uj makan mula dari lepas masak tadilah.Disebabkan kemalasan tahap yang melampau nak menaip, maka dengan itu izinkan Uj copy paste jer  resepi dari dapur kak Ann yer..Terima kasih kak Ann diatas resepi apple crumble yang amat sedap ni.Tapi biasalahkan ada sedikit ubah suai bahan berdasarkan bahan yang ada didalam simpanan Uj...Terima kasih....Sebabnya menu bidan terjun.Guna bahan apo yang ado jer......










Resepi : Apple Crumble with Custard Sause

Sumber : Raihan Shaari @ kak Ann dari periuktanah.blogspot.com

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 orang)


A) Intinya:

4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu( Uj guna apple merah dan  1 bji buah pear hijau)
1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga
1/2 cawan gula
1/3 cawan air
1 batang kulit kayu manis (1 inci)

Cara membuatnya:

1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.

2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah)

3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.


Bahan-bahan 'crumble':

1 1/2 cawan tepung gandum
100gm margerin
1 cawan nestum original dewasa ( Uj gunakan horlick instant cereal drink dlm 5 stick pack)


Cara membuatnya:


1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga   menjadi serbuk roti.

2. Masukkan nestum dan gaul rata. ( Uj gunakan horlick instant cereal drink dlm 5 stick pack)

3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.

4. Ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti.

5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi.

Apabila masak, sejukkan sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastard.






Cara membuat sos kastard:


 1 tin susu cair
 2 sudu besar gula
 2 sudu besar tepung kastard
 1 sdu teh esen vanila ( Uj tambah)
1 sdu bsr mentega( Uj tambah)
sedikit pewarna kuning ( Uj tambah)

Satukan semua bahan ke  di 'blender' kecuali mentega . Kisar 1 minit. Tuang ke dalam kuali atau periuk.Addkan mentega  dan masak hingga hampir pekat. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang... ke atas 'Apple Crumble'..






Inilah apple merah rangup  yang Uj gunakan untuk membuat apple crumble serta horlicks instant cereal drink yang menggantikan nestum original dewasa.



No comments:

Post a Comment