mytasteindonesia.com

Wednesday, 27 November 2013

AYAM MASAK KARI PAKISTAN








Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman.
Selamat berpuasa Uj ucapkan buat semua teman yang berpuasa sunat khamis arini.Apa menu untuk berbuka petang ni yer.Apa kata cuba try  resepi ni.Ari ni Uj menerai resepi ayam masak kari pakistan dari dapur  kak Salami disini .





Memang sedaplah.Memula  tukan, Uj nak try test jer dulu resepi ni. Masaklah dalam setengah ekor jer ayam ni dulu. Sebabnya takut takder sambutan pulak.Bila dah masak tukan,sambutannya  menggalakkan pulak.Nak dijadikan cerite tak cukuplah pulak..Ahhh sudah...... habih tu cemana nak buat ...???.Atas permintaan diorang lagi Uj pun buatlah setengah ekor lagi  untuk menu makan malam .Kesimpulannya..memang mantop resepi kari ayam pakistan ni.Masaknya pun takderlah rumit sangat.Yang Uj suka tang resepi nikan, ianya tak menggunakan santan dan mudah sangat.Cuma masa untuk  menumis tu ,nak lama sikit lah.Tapi hasilnya berbaloi.Dan boleh juga intai resepi di dapur Mas disini.Untuk resepi ni Uj ejas sikit rasanya, berdasarkan tekak dan  lidah melayu Uj ni. Uj letakan sedikit hirisan gula melaka didalam kari ni.Sebabnya Uj nak seimbangkan rasa pedas,manis dan masinnya. Juga Uj lebihkan sedikit penggunaan cili keringnya. Tulah sebabnya kari Uj ni nampak merah sikit dah nak macam rendang jer kan.Sebabnya ahli keluarga Uj ni  suka lauk yang pedas-pedas gitew.Bagi sesiapa yang nak mencuba bolelah gunakan resepi asalnya....Untuk resepinya Uj copy paste jer resepi dari dapur kak salami yer.Terima kasih Kak Salami diatas resepi yang sedap ni.Izinkan Uj kongsikan resepinya yer....







Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
 
 
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
Sedikit hirisan gula melaka ( Uj tambah)
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan



Cara:
 
 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.





Info dari kak salami lagi..selain dari penggunaan ayam bole jer digantikan dengan daging atau kambing...
Rasanya lah kalau daging kambing yang ada tulang sikit tu lagi mengancam kot....







3 comments: