mytasteindonesia.com

Monday, 18 November 2013

GULAI LEMAK DAGING SALAI DGN PUCUK UBI SIMPUL









Assalamualaikum....
Menu Uj arini menu orang kampung jer...daging salai.Atas permintaan cik hubby  yang katanya dah lama tak makan gulai daging salai.Daging ni kalau disalai atas bara api lagi mengancam.Tapi disebabkan tinggal kat taman malas pulak nak menyalai atas bara api..takut menganggu jiran sebelah dengan bau asap dan kang berasap-asap pulak. Maka Uj salai dalam oven jerlah..Walaubagaimana pun hasilnya tak mengecewakan.








  Pucuk ubi pulak Uj beli kat pasar malam jer.Itupun dah takder banyak pilihan.Semua pucuk tua jer yang tinggal.Tapi dah teruja sangat nak masak daging salai dgn pucuk ubi..nekad jerlah membelinya.Bila nak masak tu kenalah pilih pucuk yang muda-muda..kalau tak nanti keras dan kejang pulak sayur tu bila digigit hurmmm.Tapi bila dikampung tak pandangkan pucuk ubi cenggini.Kalau petik tu suka amik yang pucuk2 muda jer ..yang lembut-lembut tu..Hishhh suka sangat Uj kalau dapat petik pucuk ubi...








Bahannya:


1 kg daging lembut dipotong
sedikit kunyit serbuk utk salai daging
segenggam ciliapi (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia dihiris
2 ulas bwg kecil dihiris
3 btg serai diketuk
santan dari sebiji kelapa( klu kelapa kecil 2 biji santan)
sedikit garam sebagai perasa.


Cara:


1.       Kelar kepingan daging dan lumur dgn garam dan serbuk kunyit
2.       Panggang daging atas bara sehingga kering.Hiris daging menjadi kepingan.
          Sambil tu pilih pucuk ubi yang muda dan lembut simpulkan.Ketepikan.
3.       Kisar atau tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
4.       Satukan bahan kisar,daging salai,santan serta serai dan  bahan hiris.Masak diatas api yang
          sederhana.  Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak sehingga kuah mula memekat.
5.       Bila santan dah mula memekat addkan garam serta pucuk ubi simpul tadi.Kacau sebati dan biar
          kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mula memekat.Tutup api dan bolelah dihidangkan.




  Close up sikit...hehe...gandingan nya ikan masin cekek leher.....







No comments:

Post a Comment