mytasteindonesia.com

Friday, 22 November 2013

LEMAK PEDAS PARI PANGGANG DGN PUCUK UBI







Assalamualaikum....
Salam Jumaat buat semua teman dan marilah kita memperbanyakan salawat keatas nabi junjungan kita S.A.W....untuk mendapatkan syufaat dari baginda.Menu utk tengahari ni, Uj masih lagi dalam mood memanggang.Ikan pari Uj ingat nak buat asam pedas jer..tapi disebabkan tak cukup bahan , malas  pulak nak ke kedai dan mood  memanggang pun masih ada..makanya Uj panggang jerlah  ikan pari tu.Nak memanggang pun tak sesusah mana pun..Tak perlu nak hidupkan bara api bagai dan lagipun semenjak dua menjak ni cuaca kat luar mendung jer..alternatifnya Uj cuma panggang dalam oven jer.







 Panaskan dulu oven .Sediakan takungan di rak yang bwh.Sebabnya nnti air ikan pari tu menitik bila dalam proses pemanggangan (btul x ayat tu hehe)Gunakan api atas jer.Bila oven dah mula panas letakkan ikan pari tu di rak yg tengah.Tutup pintu oven.Bole layan fb dulu.Dalam masa 15 minit datang tenguk ikan tu.Buka pintu oven dan terbalikan pulak ikan pari tu disebelah yang satu lagi.Buatlah sehingga ikan pari tu garing dan cantik kekuningan.Begitulah jugak Uj guna kan cara yang sama ketika Uj memanggang  daging salai tempuhari...Masak itu mudah bukan...pinjam kata-kata chef hanis yang comel tu...





Bahannya:

2 potong ikan pari.
sedikit serbuk kunyit.
1 inci kunyit hidup ditumbuk
segenggam ciliapi ditumbuk ( bole kurangkan)
santan dari sebiji kelapa.
5 keping asam keping,secekak pucuk ubi disimpul.
sedikit garam.



Cara:

1.      Ikan pari dibersihkan dan digaul dgn air perahan asam limau.Gaul rata dan basuh kembali
         dan toskan.
2.      Gaul ikan pari bersama sedikit serbuk kunyit dan garam .Panggang ikan pari sehinggakering
         dan kekuningan.Bila ikan dah kering bolelah  diangkat.Potong ikan pari kepada beberapa
         bahagian.
3.      Tumbuk kunyit hidup dgn sedikit garam dan kemudian tumbuk cili api sehingga lumat.
4.       Satukan bahan yang tlh ditumbuk tadi kedalam periuk.Addkan santan, asam keping dan
          sedikit garam.Dengan api yang sederhana kacau santan selalu supaya gulai tak pecah myk.
5.       Bila santan dah mendidih dan mula memekat addkan ikan pari panggang tadi.Masak sebentar.
          Kacau perlahan-lahan.
6.       Bila kuah dah mula memekat addkan pucuk ubi simpul tadi serta sedikit garam.Biarkan gulai
          mereneh sebentar.
7.       Bila gulai dah memekat tutup api dan bolehlah dihidangkan.
              


 Nilah rupa ikan pari panggang yang telah siap dipanggang dan dipotong2....sedap jugak kalau dicicah ngan air asam.....Ni anak2 x bole jumpa ni..kalau jumpa, habis diratahnya.Memang peberet anak2 kalau cenggini.Bila dah siap kena sorok2 potong.Ikan pari ni kalau dapat dipanggang di atas bara api lagilah terangkat.




  Ni hasilnya setelah menjadi gulai......menunya Uj gandingkan dgn pucuk paku goreng utk makan tengahari Uj.....





No comments:

Post a Comment