mytasteindonesia.com

Monday, 25 November 2013

LEMAK PEDAS PISANG BERSAMA CENCARU







Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Selamat berpuasa kepada rakan-rakan  yang berpuasa sunat Isnin arini yer....Nampaknya  semenjak dua menjak ni Uj suka btul masak menu yang boleh menternak kolesterolkan.Dah beberapa ari ni asyik masak menu bersantan jer...Adoiiyaii....Bukannya apa yer kengkawan, sebabnya tergoda sungguh  dengan sayur-sayur kampung yang ada dijual dipasar tani dekat rumah Uj ni.Ada jual pisang muda,nangka muda,jantung pisang,pucuk paku,pucuk labu hishh macam-macam lagilah sayur-sayur kampung yang menambat selera.Aduh meroyan sekejap.Tak tahu pulak Uj mana satu nak pilih.Tapikan kena pikir balik tau, tak bole lah boros sangat.Kang jadi hulk hogan pulak encik somi kita kat sebelah ,bila nampak semua barang nak dirembat.Dahlah dia tolong bawakkan barang.Dah naik sengat pulak bahu kawan tu  Uj tenguk  hehe......Hishh takut pulak Uj.Maunya kena potong  elaun  pulak bulan depan..Adoyaiii..




Ok kita berbalik pada cerita pisang.Pisang tu pulak terisisir kemas ,cantik dan segar jer.Tu yang teruja sangat nak membelinya...Uj pun tangkaplah sesisir adalah dalam 8 bijik.Pisang yang dah disisir ni kalau disimpan lama takut menapous pulak pisang tu hehe.Kalaulah ada pokok pisang yang ditanam di belakang rumah tak pelah jugak..Bole ler ari-ari makan pisang...








Bahannya:


1 sisir pisang muda ( dalam 8 biji.)
2 ekor ikan cencaru ( buang jaket ,dipotong 3 dan dibersihkan)
segenggam ciliapi ditumbuk ( ikut tahap kepedasan yg diingini)
2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat.
beberapa keping asam keping
santan dari sebiji kelapa
sedikit garam


Caranya:

1.      Sediakan sebekas air add sedikit garam dan 2 keping asam keping.Sisir kulit pisang masukan ke
         dalam air tadi dan isi pisang dibelah 2 dan dipotong 2.Biarkan kulit pisang dan isi pisang
         terendam didalam air tadi.Tujuannya untuk mengelakan pisang dari menjadi lebam.Setelah itu
         toskan pisang tadi.Ketepikan.
2.      Addkan ikan ,bahan tumbuk,pisang yg telah dibersihkan tadi,asam keping dan sedikit garam.
         Gaul rata semua bahan perlahan-lahan dan sebati bersama bahan tumbuk.
3.      Addkan santan.Kacau rata.Masak diatas api yang sederhana.Kacau selalu supaya santan tak
         pecah minyak.Masak sehingga kuah agak memekat.
4.      Bila kuah dah agak memekat addkan sedikit garam lagi.Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh
         sebentar dan memekat.
5.      Bila dah memekat tutup api dan sedia untuk dihidangkan..
          














No comments:

Post a Comment